Panama Papers[1] ("Dokumen-Dokumen Panama") terdiri daripada 11.5 juta dokumen tertiris yang memperincikan maklumat-maklumat kewangan dan guaman lebih daripada 214,488 badan luar pesisir.[2][3] Dokumen-dokumen ini - di mana sebahagian daripadanya muncul seawal tahun 1970-an - dihasilkan, dan kemudiannya diperolehi daripada sebuah firma perundangan dan pembekal perkhidmatan korporat Panama bernama Mossack Fonseca.[4] Pembocoran dokumen berlaku pada tahun 2015 oleh seorang pemberi maklumat awanama.
Dokumen-dokumen ini mengandungi maklumat kewangan peribadi mengenai individu dan pegawai kerajaan kaya yang sebelum ini dirahsiakan daripada pengetahuan am.[5] Meskipun badan perniagaan luar pesisir adalah sah di sisi undang-undang, para wartawan mendapati sebahagian daripada perbadanan cangkerang (shell corporation) milik Mossack Fonseca telah digunakan untuk tujuan haram termasuk penipuan, pengelakan cukai dan mengelak sekatan antarabangsa.[6]
Dokumen-dokumen ini dibocorkan seorang pemberi maklumat awanama kepada wartawan akhbar Jerman Süddeutsche Zeitung (SZ) bernama Bestian Obermayer.[7][8] "Saya hidup dalam bahaya", dia berkata pada mereka.[9] Dalam suatu kenyataan yang diberikan pada 6 Mei, pembocor dinamakan John Doe memberi sebab ketaksamaan pendapatan sebagai alasan dia bertindak demikian, dan berkata dia bocor dokumen-dokumen "hanya kerana saya begitu memahami kandungan dokumen sehingga menyedari sejauh mana ketidakadilan mereka yang digambarkan". Dia berkata bahawa dia tidak pernah bekerja untuk mana-mana pemerintah atau agensi perisikan dan menyatakan kesediaan untuk membantu pendakwa jika diberikan imuniti dari penuntutan. Selepas akhbar SZ mengesahkan kenyataan itu datangnya daripada sumber dokumen Panama ini, Konsortium Wartawan Penyelidik Antarabangsa (ICIJ) menerbitkan dokumen-dokumen ini secara penuhnya dalam laman sesawang mereka.[10][11]
|archivedate=
(bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|dead-url=
ignored (bantuan); More than one of |work=
dan |newspaper=
specified (bantuan)
|dead-url=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
|dead-url=
ignored (bantuan)
|dead-url=
ignored (bantuan)
|dead-url=
ignored (bantuan)