Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Papan tanda lalu lintas

Contoh papan tanda "pengesahan laluan", yang memaklumkan pengguna jalan raya tentang jarak mereka (dalam kilometer) dari tempat-tempat yang disenaraikan

Papan tanda lalu lintas atau isyarat lalu lintas[1] ialah papan tanda yang dipasang di tepi atau di atas jalan raya bagi memberi arahan, panduan atau maklumat kepada para pengguna jalan raya. Isyarat-isyarat terawal ialah tanda jalan kayu atau batu yang ringkas. Kemudiannya, papan tanda dengan lengan arah diperkenalkan, contohnya tiang panduan di United Kingdom dan tanda jalan di Saxony.

Dengan jumlah lalu lintas meningkat sejak 1930-an, banyak negara menerapkan papan-papan tanda bergambar atau dipermudahkan dan diseragamkan bagi mengatasi halangan bahasa untuk mempertingkat keselamatan. Papan tanda bergambar menggunakan simbol-simbol (biasanya berbentuk bayang) untuk menggantikan perkataan dan biasanya berdasarkan protokol antarabangsa. Papan-papan tanda jenis ini mula dibangunkan di Eropah dan diterima pakai oleh kebanyakan negara pada tahap yang berbeza-beza.

  1. ^ "Carian: traffic sign". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 11 Februari 2023.

Previous Page Next Page