Parang adalah sejenis pisau besar yang secara lazim digunakan oleh masyarakat di Nusantara.[1] Ia digunakan untuk memotong kayu yang lebih keras, dengan mata yang lebih keras dan pusat pukulan yang jauh ke hadapan tangkai. Matanya juga lebih cekah serong supaya tidak tersekat dalam potongan. Mata parang biasanya 30 sentimeter (12 in) panjang dan jisimnya tidak lebih 0.75 kilogram (1.7 lb). Mata yang lengkung membolehkan penggunaan daya maksimum ketika memotong kayu balak, maka mata sampai sebelum buku jari demi perlindungan pada buku jari. Parang mempunyai tiga mata, iaitu mata depan amat tajam dan digunakan untuk mengupas, mata tengah yang lebih lebar dan digunakan untuk mencantas, dan mata belakang (dekat tangkai) yang amat halus dan digunakan untuk mengukir.
Panjang bilah parang ditetapkan tidak boleh kurang daripada 10 inci dan tidak boleh melebihi 24 inci: bilah alat yang pendek dari 10 inci disebut pisau manakala bilah lebih panjang 24 inci dipanggil pedang.