Crux | |
---|---|
Buruj | |
Nama Latin | Crux |
Singkatan | Cru |
Genitif | Crucis |
Sebutan | /kruks/, genitif /krusis/ |
Simbolisme | Palang Selatan |
Pencerapan | |
(Epok J2000) | |
12.5 | |
Keserongan | −60 |
Sukuan | SQ3 |
Keluarga | Herkules |
Keluasan | 68 darjah persegi (ke-88) |
Bintang | |
Bintang utama | 4 |
19 | |
Bintang dengan planet | 2 |
Bintang terang (lebih daripada 3.00m) | 5 |
Bintang dalam 10.00 pc (32.62 ly) | 0 |
Bintang paling terang | Acrux (α Cru) (0.87m) |
Bintang terhampir | η Cru (64.22 tc, 19.69 pc) |
Objek | |
Objek Messier | 0 |
Pancuran meteor | |
Buruj bersempadan | |
Catatan | |
Boleh dilihat pada garis lintang antara +20° dan −90°. Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan Mei. | |
sunting |
Pari (Jawi: ڤاري ) atau Tohok (Jawi: توهوق) ialah buruj terkecil tetapi antara yang paling terkemuka daripada 88 buah buruj moden. Ia menonjol kerana rupa asterismenya; ia mirip suatu palang atau salib pada asasnya lalu memberi nama saintifik antarabangsa diberi iaitu Crux (Cru) kerana terletak jauh di langit selatan sebagai Palang Selatan atau Salib Selatan. Sungguhpun boleh dilihat oleh orang Yunani Purba, buruj ini dilihat sebagai sebahagian daripada buruj Centaurus (Sentaur), dan tidak ditakrifkan atau dipetakan dengan tepat sehingga abad ke-16.
Dikenali sebagai Acrux, Alpha Crucis biru-putih ialah bintang tercerah buruj ini dan bintang bawah bagi palang. Yang hampir-hampir secerahnya ialah Beta dan Gamma, sementara Delta dan Epsilon membentuk asterisme. Banyak bintang lebih cerah dalam buruj ini merupakan anggota Sekutuan Kala–Sentaur, sekelompok longgar bagi bintang-bintang biru-putih panas yang kelihatan mengongsi asal usul dan pergerakan sepunya di sepanjang Bimasakti. Kedua-dua sistem bintang telah ditemui mempunyai planet. Buruj ini juga mengandungi empat buah bintang berubah Cepheid yang boleh dilihat dengan mata kasar dengan keadaan optimum. Crux juga mengandungi Peti Permata, sebuah gugusan terbuka cerah, dan Nebula Karung Hitam, nebula gelap paling prominen di langit.