Parti Bansa Dayak Sarawak Sarawak Native People's Party | |
---|---|
Singkatan | PBDS |
Presiden | Mejar (B) Moses Ripai (Pemangku) |
Setiausaha agung | Kipli Anak Ayom |
Timbalan Presiden | • Julius Enchana • Dr. Bego Sepop |
Naib Presiden | • Adman Jubang • Sawing Kedit • Emilia Ambrose • Avester Ujan anak Daya • Wen Achat |
Bendahari Agung | Baba Emperan |
Pengasas | Leo Moggie, Daniel Tajem |
Ditubuhkan | 28 Ogos 2013 |
Didahului oleh | Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) |
Ibu pejabat | Tingkat 1, Lot 1192, S/L 5855, Sibu Jaya New Township, 96000, Sibu, Sarawak |
Akhbar | • The Dayak Tribune • Buletin PERKASA • Suara Dayak Media televisyen rasmi: • Astro Awani • Berita RTM • 8TV (Malaysia) • TV3 (Malaysia) • TV Sarawak (TVS) • Malaysiakini (online news) |
Sayap pelajar | Angkatan Belia Muda PBDS |
Sayap belia | Pergerakan Pemuda PBDS |
Sayap wanita | Pergerakan Wanita PBDS |
Ideologi | Nasionalisme Sarawak Hak asasi bangsa Dayak Kebajikan rakyat Sarawak Demokrasi sosial negeri Reformisme negeri Semangat bangsa Dayak Keadilan hak orang Dayak Kuasa politik Dayak Perjuangan hak negeri Hak golongan belia Hak golongan wanita Hak pembangunan negeri Hak ekonomi Sarawak |
Kedudukan politik | Berhaluan tengah dan kanan |
Penggabungan kebangsaan | • Gagasan Anak Sarawak (2018–2022) • Perikatan Rakyat Bersatu Sarawak (PERKASA) (2022–kini) • Perikatan Nasional (2023–kini) |
Warna | Biru, Merah, Kuning |
Slogan | • Agi Idup, Agi Ngelaban (2013–2021) • Dayak Didahulukan (Dayak First) (2022–kini) |
Dewan Negara: | 0 / 70 |
Dewan Rakyat: | 0 / 31 (kerusi Parlimen di Sarawak) |
Dewan Undangan Negeri Sarawak: | 0 / 82 |
Premier Sarawak: | 0 / 1 (hanya di Sarawak) |
Laman sesawang | |
Laman sesawang[pautan mati] | |
Politik Malaysia Parti politik Pilihan raya Parti Bansa Dayak Sarawak Baru di Facebook″ |
Parti Bansa Dayak Sarawak (bahasa Inggeris: New Sarawak Native People's Party , singkatan PBDS, atau dulu dikenali sebagai PBDS Baru) merupakan sebuah parti politik berhaluan tengah & kanan yang berpangkalan di Sibu, Sarawak. Ia merupakan sebuah parti politik tempatan yang diaktifkan semula serta diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS), selepas 9 tahun dibubarkan. Sepanjang tempoh pembubaran parti lamanya, Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS), terdapat 2 buah parti politik tempatan yang didominasi oleh kaum Dayak, iaitu Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Kongres Dayak Malaysia (MDC) yang pernah wujud pada awal 2000-an tetapi gagal didaftarkan oleh RoS atas sebab isu sensitiviti yang melibatkan seluruh masyarakat Dayak.
Perebutan jawatan dalaman Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) antara Datuk Seri Daniel Tajem yang sepatutnya mengambil alih kepimpinan parti itu tapi telah dibantahi dan dipertikaikan, dan bekas Ketua Penerangan PBDS, Datuk Seri Dr. James Jemut Masing telah mengakibatkan parti PBDS dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan dibubarkan sebanyak 2 kali pada 5 Disember 2003 dan 21 Oktober 2004. Manakala pendaftaran bagi Kongres Dayak Malaysia (MDC) yang telah dikemukakan pada 6 Mei 2005 pula telah ditolak oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui suratnya bertarikh 9 April 2008 berhubung keputusan ROS pada 19 Julai 2006 yang menolak permohonan MDC untuk didaftarkan sebagai parti politik atas sebab "keselamatan dan ketenteraman awam" di bawah Artikel 7 Akta Pertubuhan. Anggota jawatankuasa penaja MDC Walau bagaimanapun telah mengemukakan rayuan kepada KDN pada 12 Ogos 2006 berhubung keputusan ROS itu namun rayuan pendaftaran barunya masih belum diluluskan sehingga kini.
Kelengahan dan keengganan ROS meluluskan pendaftaran MDC telah membuntukan usaha jawatankuasa penaja parti baru itu yang memutuskan untuk tidak merujuk masalah mereka kepada penghakiman di mahkamah dan hanya dapat menyerahkan nasib masa depan parti baru mereka yang belum dapat didaftarkan kepada ROS. Usaha baru juga dilakukan bagi mendaftarkan semula Parti Bangsa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru). Parti ini sah didaftarkan pada 28 Ogos 2013. Pada 2020, Resolusi Kapit telah diadakan dan mencadangkan agar nama parti ini dikenali sebagai Parti Bansa Dayak Sarawak. Usul ini telah dipersetujui semasa TDC 2022. Pada September 2022, ROS telah meluluskan pendaftaran parti sebagai PBDS Dan logo parti menggunakan logo asal 1983 ~ 2004. [1] PBDS Baru pernah bertanding di lima (5) kerusi majoriti etnik Dayak di dalam Pilihan raya negeri Sarawak 2016.[2][3]
Kini, parti politik ini dipimpin sepenuhnya oleh Bobby William. Beliau telah dipilih menjadi Presiden PBDSB pada tahun 2019. Pada 27 September 2022, Pendaftaran Pertubuhan (RoS) secara rasminya meluluskan pendaftaran nama parti baharu PBDSB, dengan menggunakan nama asal parti iaitu Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS)[4]. Strategi-strategi pilihanraya PBDS kini beralih haluannya daripada parti politik berhaluan kiri & berfahaman sederhana kepada parti politik berhaluan tengah & kanan dengan fahaman politik yang lebih reformis dan radikal yang mengutamakan keadilan, kesejahteraan dan norma hidup masyarakat majoriti Dayak, memfokuskan kestabilan kerajaan Malaysia yang lebih adil, bersih, telus dan cepat bertindak, serta mengutamakan pembangunan wilayah, kestabilan ekonomi Sarawak, pemerintahan kerajaan Sarawak yang lebih adil dan saksama, kesejahteraan seluruh rakyat Sarawak, dan hal ehwal kebajikan golongan berpendapatan rendah (B40) & golongan berpendapatan sederhana (M40) di Sarawak.
Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) ditubuhkan untuk melindungi hak bangsa Dayak, mengutamakan kesejahteraan sosial masyarakat Dayak, membangunkan negeri Sarawak ke tahap yang lebih baik dan stabil, serta menghormati dan memperjuangkan hak Sarawak, selaras dengan termeterainya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Pada masa yang sama, PBDS dilaksanakan bersesuaian dengan kehendak utama masyarakat majoriti Dayak di Sarawak, seperti yang dinyatakan dalam Resolusi Kapit pada 31 Oktober 2020.