Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Parti Negara

Parti Negara
PengasasOnn Jaafar
DitubuhkanFebruary 1954
Dibubarkan19 January 1962
IdeologiNationalisme
Politik Malaysia
Parti politik
Pilihan raya

Parti Negara adalah sebuah parti politik berasaskan orang Melayu yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin-pemimpin Parti Kemerdekaan Malaya pada 1953, dan telah dilancarkan secara rasmi pada Februari 1954. Pengasasnya ialah Dato Sir Onn Jaafar, presiden pertama parti United Malays National Organisation (UMNO), selepas beliau kalah dalam suatu perebutan kuasa dalaman parti.

Parti ini di mana secara perlembagaannya adalah pelbagai bangsa, mencari untuk mencipta ruang bagi dirinya sebagai kuasa ketiga dalam tahun lima puluhan dan awal enam puluhan tetapi telah gagal. Parti ini tidak mendapat sokongan signifikan masyarakat orang Melayu, dan telah diperlekehkan oleh Perikatan yang diteraju UMNO atas tuduhan cauvinisme. Satu-satunya kerusi Parlimen Malaysia yang Parti Negara pernah menang adalah dalam Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 di Terengganu oleh Dato Onn sendiri.

Dengan kematian Dato Onn pada 1962, Parti Negara turut mati secara politiknya. Kerusi yang Dato Onn menang kemudiannya telah dimenangi balik Perikatan pada pilihan raya kecil yang diadakan.


Previous Page Next Page






Parti Negara English Parti Negara Spanish พรรคแห่งชาติ (มาเลเซีย) Thai 马来亚国家党 Chinese

Responsive image

Responsive image