Persatuan | Persatuan Bola Sepak China | ||
---|---|---|---|
Sub-konfederasi | EAFF (Asia Timur) | ||
Konfederasi | AFC (Asia) | ||
Ketua jurulatih | Aleksandar Janković | ||
Kapten | Zheng Zhi | ||
Kaps terbanyak | Li Weifeng (112) | ||
Penjaring terbanyak | Hao Haidong (39) | ||
Stadium tuan rumah | Pelbagai | ||
Kod FIFA | CHN | ||
Kedudukan FIFA | 88 ▬ (20 Jun 2024)[1] | ||
Kedudukan tertinggi FIFA | 37 (Disember 1998) | ||
Kedudukan terendah FIFA | 109 (Mac 2013) | ||
Kedudukan Elo | 106 ▼ 20 (21 Jun 2024)[2] | ||
Kedudukan tertinggi Elo | 26 (Oktober 2001) | ||
| |||
Antarabangsa pertama | |||
Filipina 0–1 China (Manila, Filipina; 1 Februari 1913) | |||
Kemenangan terbesar | |||
China 21–0 Guam (Bandar Ho Chi Minh, Vietnam; 26 Januari 2000) | |||
Kekalahan terbesar | |||
Brazil 8–0 China (Recife, Brazil; 10 September 2012) | |||
Piala Dunia FIFA | |||
Kemunculan | 1 (Kali pertama pada 2002) | ||
Keputusan terbaik | Pusingan 1, 2002 | ||
Piala Asia | |||
Kemunculan | 13 (Kali pertama pada 1976) | ||
Keputusan terbaik | Naib Juara (1984, 2004) |
Pasukan bola sepak kebangsaan China juga dikenali sebagai Pasukan bola sepak kebangsaan Republik Rakyat China oleh FIFA merupakan pasukan bola sepak yang mewakili negara Republik Rakyat China. Pasukan ini dikendalikan oleh Persatuan Bola Sepak China.
Pasukan bola sepak China pernah melayakkan diri ke Piala Dunia 2002 tetapi tewas kesemua perlawanan dan gagal menjaringkan sebarang gol. Meskipun gagal menyerlah pada Piala Dunia, kejayaan China melayakkan diri ke Piala Dunia dianggap sebagai pencapaian yang membanggakan.
Selepas Hong Kong yang dikuasai United Kingdom, dan Makau yang dikuasai Portugal dikembalikan kepada Republik Rakyat China, kedua-dua pasukan bola sepak kawasan pentadbiran khas ini diberi kebenaran untuk terus berada dalam FIFA. Kedua-dua pasukan ini dikenali sebagai Hong Kong, China dan Makau, China.
Pada masa kini, bola sepak menjadi salah satu sukan yang popular di Republik Rakyat China. Seramai 300 juta orang yang menyaksikan China bermain di Piala Dunia dan 170 juta membeli set televisyen baru untuk menyaksikan China di Piala Dunia. Seramai 250 juta orang menyaksikan perlawanan akhir Piala Asia 2004. Jumlah ini merupakan jumlah terbanyak dalam sejarah sukan China.