Gelaran | Taegeuk Jeonsa (Pahlawan Taegeuk), Harimau Asia, Si Merah | ||
---|---|---|---|
Persatuan | Persatuan Bola Sepak Korea Selatan | ||
Sub-konfederasi | EAFF (Asia Timur) | ||
Konfederasi | AFC (Asia) | ||
Ketua jurulatih | Jürgen Klinsmann | ||
Kapten | Son Heung-min | ||
Kaps terbanyak | Cha Bum-kun Hong Myung-bo (136) | ||
Penjaring terbanyak | Cha Bum-kun (58) | ||
Kod FIFA | KOR | ||
Kedudukan FIFA | 22 ▲ 1 (20 Jun 2024)[1] | ||
Kedudukan tertinggi FIFA | 17 (Disember 1998) | ||
Kedudukan terendah FIFA | 69 (November 2014 – Januari 2015) | ||
Kedudukan Elo | 36 ▼ 4 (21 Jun 2024)[2] | ||
Kedudukan tertinggi Elo | 15 (Sep 1980, Jun 2002) | ||
Kedudukan terendah Elo | 59 (Ogos 1967) | ||
| |||
Antarabangsa pertama | |||
Korea Selatan 5–3 Mexico (London, England; 2 Ogos 1948) | |||
Kemenangan terbesar | |||
Korea Selatan 16–0 Nepal (Incheon, Korea Selatan; 29 September 2003) | |||
Kekalahan terbesar | |||
Korea Selatan 0–12 Sweden (London, England; 5 Ogos 1948) | |||
Piala Dunia | |||
Kemunculan | 11 (Kali pertama pada 1954) | ||
Keputusan terbaik | Tempat Keempat (2002) | ||
Piala Asia | |||
Kemunculan | 16 (Kali pertama pada 1956) | ||
Keputusan terbaik | Juara (1956, 1960) | ||
Piala Konfederasi FIFA | |||
Kemunculan | 1 (Kali pertama pada 2001) | ||
Keputusan terbaik | Pusingan 1 (2001) |
Pasukan bola sepak kebangsaan Korea Selatan juga dikenali sebagai Pasukan bola sepak kebangsaan Republik Korea oleh FIFA, merupakan pasukan bola sepak yang mewakili negara Republik Korea atau Korea Selatan dalam pertandingan bola sepak antarabangsa. Pasukan ini dikenali sebagai Korea Selatan dan dikenali dengan nama Republik Korea oleh FIFA. Pasukan ini dianggap sebagai pasukan yang paling berjaya di pentas bola sepak Asia.
Sejak berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1948, Korea Selatan berjaya layak sebanyak tujuh kali ke Piala Dunia FIFA. Korea Selatan turut memecahkan rekod jirannya Korea Utara apabila mara ke separuh akhir Piala Dunia FIFA 2002 di bumi sendiri dengan mengejutkan pasukan Portugal, Itali, dan Sepanyol. Pasukan ini memegang rekod selaku pasukan terbaik Asia di pentas Piala Dunia.[3] Sejak itu mereka meningkatkan kemampuan mereka untuk bermain di luar negara dan mampu mencapai Pusingan 16 di Piala Dunia 2010. Mereka juga memenangi dua edisi pertama dari Piala Asia pada tahun 1956 dan 1960, menduduki tempat kedua pada tahun 1972, 1980, dan 1988, dan ketiga pada tahun 2000, 2007, dan 2011.
Pasukan ini biasanya digelar "The Reds" oleh kedua-dua peminat dan media kerana warna kit utama mereka. Ini membawa kepada pembentukan sebuah kumpulan sokongan rasmi disebut sebagai Red Devils pada tahun 1995.