![]() | |||
Gelaran | Biało-czerwoni (Merah putih) Białe Orły (Helang Putih) | ||
---|---|---|---|
Persatuan | Polski Związek Piłki Nożnej (PZPN) | ||
Konfederasi | UEFA (Eropah) | ||
Ketua jurulatih | Michał Probierz | ||
Kapten | Robert Lewandowski | ||
Kaps terbanyak | Robert Lewandowski (150) | ||
Penjaring terbanyak | Robert Lewandowski (82) | ||
Stadium tuan rumah | Stadium Nasional Warsaw | ||
Kod FIFA | POL | ||
Kedudukan FIFA | 26 ▲ 2 (20 Jun 2024)[1] | ||
Kedudukan tertinggi FIFA | 5 (10 Ogos 2017) | ||
Kedudukan terendah FIFA | 78 (November 2013) | ||
Kedudukan Elo | 41 ▼ 8 (21 Jun 2024)[2] | ||
Kedudukan tertinggi Elo | 1 (Oktober 1975) | ||
Kedudukan terendah Elo | 55 (Ogos 1956, April 1998) | ||
| |||
Antarabangsa pertama | |||
![]() ![]() (Budapest, Hungary; 18 Disember 1921) | |||
Kemenangan terbesar | |||
![]() ![]() (Kielce, Poland; 1 April 2009) | |||
Kekalahan terbesar | |||
![]() ![]() (Copenhagen, Denmark; 26 Jun 1948) | |||
Piala Dunia | |||
Kemunculan | 9 (Kali pertama pada 1938) | ||
Keputusan terbaik | Tempat Ketiga (1974, 1982) | ||
Kejohanan Eropah | |||
Kemunculan | 5 (Kali pertama pada 2008) | ||
Keputusan terbaik | Suku Akhir (2016) |
Rekod pingat Olimpik | ||
Bola sepak lelaki | ||
---|---|---|
![]() |
1972 | Berpasukan |
![]() |
1976 | Berpasukan |
![]() |
1992 | Berpasukan |
Pasukan bola sepak kebangsaan Poland (Poland: Reprezentacja Polski w piłce nożnej ) mewakili Poland dalam acara bola sepak yang dikawal oleh Persatuan Bola Sepak Poland, sebuah badan kerajaan yang mengawal bola sepak di Poland. Laman bagi pasukan Poland adalah Stadium Nasional Warsaw dan ketua jurulatih kini ialah Adam Nawałka.
Zaman kegemilangan Poland pada era 1970an antara kejayaan cemerlang bagi pasukan ini. Mereka telah seri ketika menentang England dan berjaya layak ke Piala Dunia FIFA 1974. Poland menewaskan Brazil, 1-0 untuk merebut tempat ketiga kejohanan dan penyerang lagenda, Grzegorz Lato memenangi Kasut Emas kejohanan dengan menjaringkan tujuh gol. Poland juga tempat ketiga pada edisi 1982 selepas menewaskan Perancis, 3-2.
Poland juga memenangi pingat emas pada acara Sukan Olimpik Musim Panas 1972 di Munich, pingat perak di Sukan Olimpik 1976 di Montreal dan 1992 mendapat pingat perak di Barcelona. Poland layak ke Kejohanan Eropah buat pertama kali pada tahun 2008. Poland layak secara automatik pada Euro 2012 kerana diundi sebagai tuan rumah bersama Ukraine. Namun, mereka tersingkir pada peringkat kumpulan.