Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Pasukan bola sepak kebangsaan Singapura

Singapura
Shirt badge/Association crest
GelaranThe Lions
PersatuanPersatuan Bola Sepak
Singapura
Sub-konfederasiAFF (Asia Tenggara)
KonfederasiAFC (Asia)
Ketua jurulatihJepun Tsutomu Ogura
KaptenHariss Harun
Kaps terbanyakDaniel Bennett (146)[1]
Penjaring terbanyakFandi Ahmad (55)[2]
Stadium tuan rumahStadium Nasional Singapura
Kod FIFASGP
Kedudukan FIFA 159 4 (20 Jun 2024)[3]
Kedudukan tertinggi FIFA73 (Ogos 1993)
Kedudukan terendah FIFA173 (Oktober 2017)
Kedudukan Elo 171 2 (21 Jun 2024)[4]
Kedudukan tertinggi Elo103 (4 November 2009)
Kedudukan terendah Elo196 (November 2016)
Warna utama
Warna kedua
Antarabangsa pertama
Singapura 1–0 Taiwan Bendera Republik China
(Singapura; 22 Mei 1948)[5]
Kemenangan terbesar
Singapura Singapura 11–0 Laos Laos
(Singapura; 15 Januari 2007)
Kekalahan terbesar
Myanmar Burma 9–0 Singapura Singapura
(Kuala Lumpur, Malaysia; 9 November 1969)
Piala Asia
Kemunculan1 (Kali pertama pada 1984)
Keputusan terbaikPusingan 1 (1984)
Piala AFF
Kemunculan14 (Kali pertama pada 1996)
Keputusan terbaikJuara (1998, 2004, 2007, 2012)

Pasukan bola sepak kebangsaan Singapura merupakan pasukan bola sepak yang mewakili negara Singapura dalam pertandingan antarabangsa. Pasukan ini dikendalikan oleh Persatuan Bola Sepak Singapura.

Singapura merupakan salah sebuah pasukan yang berjaya di Asia Tenggara selain Thailand apabila berjaya mendominasi Kejohanan Bola Sepak ASEAN sebanyak 4 kali gelaran kejuaraan iatu pada 1998, 2004, 2007 dan 2012.

Pada kelayakan Piala Asia 2007, Singapura menjadi satu-satunya pasukan menewaskan Iraq dalam kempen perjalanan mereka ke Piala Asia. Singapura juga seri dengan China masing-masing 0-0 dan 1-1 di tempat mereka pada tahun 2006 dan 2009. Pada bulan Mac 2008, Australia juga gagal untuk mengalahkan Singapura apabila perlawanan berakhir dengan seri tanpa jaringan.

Pada Januari 2007, Singapura mencapai kemenangan dengan rekod terbesar 11-0 menentang Laos dalam perlawanan Kejohanan Bola Sepak ASEAN. Mohd Noh Alam Shah menjaringkan 7 gol dalam perlawanan itu.

Pesaing utama Singapura di pentas antarabangsa adalah jiran geografi mereka, Malaysia dan Indonesia ,perlawanan di antara kedua-dua pasukan sehingga sekarang dan masa lalu telah menghasilkan banyak drama. Selama bertahun-tahun, Singapura telah memasukkan beberapa pemain naturalisasi dalam pasukan seperti Mustafic Fahrudin dari Yugoslavia, Daniel Bennett dari England, Shi Jiayi dan Qiu Li dari Republik Rakyat China.

  1. ^ "FIFA Century Club" (PDF). FIFA. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 13 Jun 2015. Dicapai pada 17 Jun 2015.
  2. ^ Morrison, Neil. "Fandi Ahmad – Century of International Appearances". RSSSF. Dicapai pada 30 January 2010.
  3. ^ "The FIFA/Coca-Cola World Ranking". FIFA. 20 Jun 2024. Dicapai pada 20 Jun 2024.
  4. ^ Elo rankings change compared to one year ago. "World Football Elo Ratings". eloratings.net. 21 Jun 2024. Dicapai pada 21 Jun 2024.
  5. ^ "Singapore matches, ratings and points exchanged". World Football Elo Ratings: Singapore. Dicapai pada 24 November 2016.

Previous Page Next Page