Gelaran | Những Chiến Binh Sao Vàng (Pahlawan Bintang Emas) Rồng (Naga Vietnam) | ||
---|---|---|---|
Persatuan | Persekutuan Bola Sepak Vietnam | ||
Sub-konfederasi | AFF (Asia Tenggara) | ||
Konfederasi | AFC (Asia) | ||
Ketua jurulatih | Kim Sang-sik | ||
Kapten | Đỗ Hùng Dũng | ||
Kaps terbanyak | Lê Công Vinh (83) | ||
Penjaring terbanyak | Lê Công Vinh (51) | ||
Stadium tuan rumah | Stadium Nasional My Dinh | ||
Kod FIFA | VIE | ||
Kedudukan FIFA | 116 ▼ 1 (20 Jun 2024)[1] | ||
Kedudukan tertinggi FIFA | 84 (September 1998[2]) | ||
Kedudukan terendah FIFA | 172 (Disember 2006) | ||
Kedudukan Elo | 150 ▼ 43 (21 Jun 2024)[3] | ||
Kedudukan tertinggi Elo | 58 (Oktober 2002) | ||
Kedudukan terendah Elo | 175 (Januari 1995) | ||
| |||
Antarabangsa pertama | |||
Filipina 2–2 Vietnam (Manila, Filipina; 26 November 1991)[4] | |||
Kemenangan terbesar | |||
Vietnam 11–0 Guam (Bandar Raya Ho Chi Minh, Vietnam; 23 Januari 2000) | |||
Kekalahan terbesar | |||
Zimbabwe 6–0 Vietnam (Kuala Lumpur, Malaysia; 26 Februari 1997) Vietnam 0–6 Oman (Daegu, Korea Selatan; 29 September 2003) Korea Selatan 6–0 Vietnam (Suwon, Korea Selatan; 17 Oktober 2023) | |||
Piala Asia | |||
Kemunculan | 5 (Kali pertama pada 1956) | ||
Keputusan terbaik | Tempat Keempat (1956, 1960) | ||
Piala AFF | |||
Kemunculan | 15 (Kali pertama pada 1996) | ||
Keputusan terbaik | Juara (2008, 2018, 2024) |
Pasukan bola sepak kebangsaan Vietnam merupakan pasukan bola sepak yang mewakili negara Vietnam di peringkat antarabangsa. Pasukan ini dikendalikan oleh Persekutuan Bola Sepak Vietnam.
Apabila negara Vietnam terpisah, dua pasukan bola sepak kebangsaan Vietnam diwujudkan iaitu Vietnam Selatan dan Vietnam Utara. Vietnam Utara kurang aktif dalam bola sepak berbanding Vietnam Selatan yang berjaya mendapat tempat ke-4 dua kali dalam Piala Asia. Vietnam Selatan melakukan penampilan terakhir di pentas antarabangsa pada 1975 sebelum Vietnam kembali bersatu. Namun hanya pada tahun 1991 Vietnam mula bermain di pentas antarabangsa.
Pada kejohanan AFF Piala Suzuki 2008, Vietnam menumpaskan Thailand 3-2 secara agregat sekaligus berjaya menjulang kejuaraan pertama di pentas antarabangsa.
Dalam Kedudukan Dunia FIFA, kedudukan tertinggi Vietnam dalam keluaran angka pertama, pada bulan September 1998, adalah pada ke-84. Pasukan itu kini di tangga ke-136 di dunia FIFA, ke-20 di Asia dan ke-2 di Asia Tenggara pada (Oktober 2014).
Selama tahun 1950-an, dikenali dengan nama Pasukan bola sepak kebangsaan Vietnam Selatan adalah merupakan salah satu daripada empat pasukan terkuat di Asia dan mara ke pusingan akhir Piala Asia 1956, Piala Asia 1960, menyelesaikan di tempat keempat sebanyak 2 kali berturut-turut. Pasukan itu juga memenangi Pestabola Merdeka 1966 yang di anjurkan Malaysia.
Pada masa ini, Vietnam merupakan salah satu pasukan yang lebih berjaya di Asia Tenggara bersama-sama dengan Thailand, Singapura, Indonesia dan Malaysia. Ia memenangi Kejohanan Bola Sepak ASEAN pada tahun 2008.
Walaupun Vietnam telah berpecah kepada Utara dan Vietnam Selatan, dua pasukan kebangsaan wujud dan kedua-dua mereka dikawal oleh sama Persatuan Bola sepak Vietnam. Setelah kedua-dua negara bersatu pada tahun 1976 Persatuan Bola sepak Vietnam telah ditukar nama kepada Persekutuan Bola Sepak Vietnam.