Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Patrick Stephan Kluivert | ||
Tarikh lahir | 1 Julai 1976 | ||
Tempat lahir | Amsterdam, Belanda | ||
Ketinggian | 1.88 m (6 ka 2 in) | ||
Posisi permainan | Penyerang | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Indonesia (Ketua Jurulatih) | ||
Kerjaya remaja | |||
1983–1984 | Schellingwoude | ||
1984–1994 | Ajax | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1994–1997 | Ajax | 70 | (39) |
1997–1998 | Milan | 27 | (6) |
1998–2004 | Barcelona | 182 | (90) |
2004–2005 | Newcastle United | 25 | (6) |
2005–2006 | Valencia | 10 | (1) |
2006–2007 | PSV | 16 | (3) |
2007–2008 | Lille | 13 | (4) |
Jumlah | 343 | (149) | |
Pasukan kebangsaan | |||
1990–1991 | Belanda B16 | 2 | (0) |
1991–1992 | Belanda B17 | 10 | (2) |
1992 | Belanda B8 | 3 | (2) |
1992–1994 | Belanda B19 | 20 | (6) |
1994–2004 | Belanda | 79 | (40) |
Pasukan diurus | |||
2008–2010 | AZ (pembantu) | ||
2010 | Brisbane Roar (pembantu) | ||
2010–2011 | NEC (pembantu) | ||
2011–2012 | Jong FC Twente | ||
2012–2014 | Belanda (pembantu) | ||
2015–2016 | Curaçao | ||
2016 | Ajax A1 (belia) | ||
2018-2019 | Cameroon | ||
2021 | Curaçao (Interim) | ||
2023 | Adana Demirspor | ||
2025- | Indonesia | ||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Patrick Stephan Kluivert ([ˈpɛtrɪk ˈklœy̯vərt] ( listen); lahir 1 Julai 1976) merupakan bekas pemain bola sepak Belanda dan kini berkhidmat sebagai Pelatih Pasukan bola sepak kebangsaan Indonesia . Beliau sering bermain di posisi penyerang untuk kelab Ajax, Milan, FC Barcelona, Newcastle United, Valencia, PSV dan Lille.
Beliau sebahagian daripada "Generasi Emas" Ajax pada era 1990an dan pada masa itu, beliau baru berusia 18 tahun. Beliau menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara 1995. Beliau kemudian meneruskan kariernya bersama Barcelona selama enam musim dan beliau bergandingan dengan penyerang Brazil, Rivaldo. Beliau merangkul dua kejuaraan La Liga dan satu trofi Copa del Rey.
Kluivert mewakili pasukan kebangsaan Belanda dari tahun 1994 hingga 2004. Dengan 40 gol dalam 79 kemunculan antarabangsa, beliau menjadi penjaring terbanyak pasukan kebangsaan sebelum dikejutkan Robin van Persie pada 2013. Beliau mewakili Belanda ke tiga edisi Kejohanan Eropah dan Piala Dunia 1998. Pada tahun 2004, beliau dinamakan Pelé dalam senarai FIFA 100, iaitu kumpulan pemain terhebat sepanjang zaman.
Beliau memulakan kerjaya pengurusnya di AZ sebagai pembantu jurulatih dan seterusnya di NEC. Beliau pernah berkhidmat di Brisbane Roar di Australia dalam tempoh yang singkat sebelum sertai Jong FC Twente dan mengendali pasukan itu sehingga meraih kejuaraan liga. Beliau turut menjadi pembantu jurulatih Louis van Gaal dalam pasukan kebangsaan Belanda yang menduduki tempat ketiga dalam Piala Dunia 2014. Pada tahun 2015, beliau mengambil alih jawatan pengurus pasukan kebangsaan Curaçao untuk kempen kelayakan Piala Dunia 2018 dan kelayakan Piala Caribbean 2017. Pada tahun 2016, Kluivert diumumkan akan menjadi pelatih Ajax A1 (bawah-19) dan mengendali anaknya, Justin Kluivert sebelum menjadi direktor sukan Paris Saint-Germain.