Pekan Nabalu | |
---|---|
![]() Pekan Nabalu | |
![]() Lokasi Pekan Nabalu dalam Daerah Kota Belud | |
Koordinat: 6°1′40″N 116°27′47″E / 6.02778°N 116.46306°E | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Bahagian | Pantai Barat |
Daerah | Kota Belud |
Mukim | Pekan Nabalu |
Pentadbiran | |
• DUN | Yang Berhormat Datuk Joniston Bangkuai (GRS-PBS) (Kiulu) ![]() Yang Berhormat Datuk Ewon Benedick (PH-UPKO) (Kadamaian) ![]() |
Aras | 761 m (2,497 ft) |
Aras tertinggi | 1,442 m (4,731 ft) |
Zon waktu | GMT +08:00 |
Kawasan Kejiranan | Kundasang Tamparuli Kiulu |
Tamu Mingguan | Khamis |
Nabalu (en: Nabalu Town) atau lebih dikenali sebagai Pekan Nabalu merupakan sebuah pekan kecil yang menjadi tumpuan utama pengunjung untuk melihat Gunung Kinabalu secara menyeluruh.[1] Kepelbagaian kedai makan dan cuaca yang segar serta pemandangan yang menampakan Gunung Kinabalu secara menyeluruh menjadi alasan utama ramai pelancong datang berkunjung ke Pekan Nabalu.[2] Pekan ini berhampiran dengan SK. Dalas, Kota Belud dan menjadi pusat pendidikan utama untuk penduduk di Pekan Nabalu.[3]
Pertanian, Kraf tangan, dan penjualan baju-baju merupakan sumber pendapatan yang utama kepada penduduk di sini.[4] Tidak hairanlah Pekan Nabalu merupakan pusat membeli belah buah-buahan, Kraf tangan dan tempat singgahan yang terkenal di kawasan tersebut sebelum meneruskan perjalanan.[5] Disebabkan itu, pelancongan menjadi sumber pendapatan terpenting bagi penduduk di Pekan Nabalu.[6]