Rencana ini perlu dikemas kini.(Disember 2022) |
Jumlah penduduk | |
---|---|
s. 25.4 juta (19.9 juta di bawah UNHCR dan 5.4 juta di bawah UNRWA) | |
Kawasan ramai penduduk | |
Afrika Sub-Sahara | 6.236 juta |
Eropah dan Asia Utara | 6.088 juta |
Asia Selatan/Timur dan Oceania | 4.153 juta |
Asia Barat dan Afrika Utara | 2.653 juta |
Amerika Utara/Selatan | 484,261 |
Pelarian (Jawi: ڤلارين ) atau pengungsi (Jawi: ڤڠوڠسي )[2] secara umumnya ialah seseorang yang dipaksa untuk merentasi sempadan antarabangsa dan tidak dapat pulang ke negara atau petempatan asal. Orang tersebut mungkin dirujuk sebagai pencari suaka sehingga mendapat status sebagai pelarian. Jabatan antarabangsa yang menguruskan perlindungan pelarian ialah Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian (UNHCR). Selain itu, pihak PBB juga mempunyai UNRWA, satu jabatan khas untuk menguruskan perlindungan pelarian Palestin.[3] Sebuah hari khas telah diasaskan oleh pihak PBB untuk meningkatkan kesedaran kepada golongan pelarian, iaitu Hari Pelarian Sedunia pada setiap 20 Jun.
"Pelarian" terbitan kata dasar "lari". "Pengungsi" terbitan kata dasar ungsi اوڠسي serapan Kawi usi (Hanacaraka: ꦲꦸꦱꦶ ).[4]