Pelayan web atau Pelayan Jaringan atau Peladen Jaringan ialah sejenis atur cara komputer yang menerima pertanyaan HTTP daripada pelanggan, lazimnya pelayar web, dan menjawab pertanyaan tersebut, lazimnya dalam bentuk laman HTML.
Untuk menyediakan perkhidmatan web secara lancar di Jaringan Sejagat, sesebuah pelayan web perlulah dijalankan pada komputer yang berkuasa tinggi. Komputer jenis ini dinamakan komputer pelayan.
Contoh perisian pelayan web yang popular ialah Apache dan Internet Information Services.
Pelayan web merujuk kepada perisian pelayan , atau perkakasan yang dikhususkan untuk menjalankan perisian tersebut, yang boleh menyampaikan kandungan ke Jaringan Sejagat. Pelayan web memproses permintaan rangkaian masuk melalui protokol HTTP (dan beberapa protokol lain yang berkaitan)..[1]