Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Pembantu pengadil video

Pembantu pengadil video (video assistant refereeVAR) adalah pembantu pengadil bola sepak yang mengesahkan keputusan dibuat ketua pengadil menggunakan rakaman video dan set fon kepala untuk tujuan komunikasi.

Sistem ini dicetuskan dalam suatu projek khas Refereeing 2.0 di bawah Persatuan Bola Sepak Diraja Belanda di awal tahun 2010-an.[1] Sistem ini mula diuji melalui ujian olok-olok semasa Eredivisie musim 2012-2013. KNVB kemudiannya mengajukan petisyen kepada Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) agar undang-undang permainan dipinda untuk memungkinkan pengujian lanjutan sistem tersebut secara lebih meluasnya.[2] Kemudahan ini telah ditulis ke dalam Undang-Undang Permainan IFAB setelah ujian percubaan dijalankan dalam beberapa pertandingan utama.[3]

  1. ^ Medeiros, João (23 Jun 2018). "The inside story of how FIFA's controversial VAR system was born". Wired. Dicapai pada 30 Jun 2018.
  2. ^ "Minutes of the 130th Annual General Meeting of the International Football Association Board" (PDF). IFAB. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-04-24. Dicapai pada 3 Mac 2018.
  3. ^ "Historic step for greater fairness in football". International Football Association Board. 3 Mac 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-21. Dicapai pada 3 Mac 2018.

Previous Page Next Page