Pembunuhan Park Chung Hee | |
---|---|
Lokasi | Rumah Biru, Seoul, Korea Selatan |
Tarikh | 26 Oktober 1979 |
Sasaran | Park Chung-hee |
Jenis serangan | Pembunuhan, political murder |
Senjata | Smith & Wesson Model 36 dan Walther PPK |
Kematian | 6 |
Mangsa | Park Chung-hee, Cha Ji-chul |
Pelaku | Kim Jae-gyu, Park Heung-ju, Park Seon-ho, Yoo Seong-ok, Lee Ki-ju, Seo Young-jun, Kim Tae-won |
Penyerang | Kim Jae-gyu |
sunting · sunting di Wikidata |
Park Chung Hee, Presiden ketiga Korea Selatan, telah dibunuh pada 26 Oktober 1979, semasa makan malam di sebuah rumah pusat perlindungan Agensi Perisikan Pusat Korea (KCIA) di perkarangan Rumah Biru di Daerah Jongno, Seoul, Korea Selatan. Kim Jae-gyu, pengarah KCIA dan ketua keselamatan presiden, bertanggungjawab atas pembunuhan itu. Park ditembak di dada dan kepala, dan mati serta-merta. Empat pengawal peribadi dan seorang pemandu presiden turut terbunuh. Insiden itu sering dirujuk sebagai "10.26" atau "insiden 10.26" di Korea Selatan.[1]
Terdapat banyak kontroversi yang menyelubungi motif Kim, kerana sehingga kini masih tidak pasti sama ada tindakan itu adalah sebahagian daripada rampasan kuasa yang dirancang atau tidak disengajakann.