Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Pemburuan

Kegiatan memburu babi hutan, tacuinum sanitatis casanatensis (abad ke-14)

Pemburuan (Jawi: ڤمبوروان) ialah amalan mengejar haiwan liar untuk tujuan mendapat makanan, bahan dagangan atau sekadar berekriasi. Pemburuan (pembunuhan, penjeratan atau penangkapan) haiwan liar yang melanggar undang-undang perlindungan haiwan dipanggil pencerobohan.

Pemburuan juga melibatkan penghapusan haiwan perosak untuk tujuan membasmi penyakit yang disebabkan oleh bilangan haiwan berkenaan yang terlalu banyak. Penyokong kegiatan memburu berhujah bahawa pemburuan boleh menjadi komponen yang perlu[1] dalam pengurusan hidupan liar moden, misalnya untuk membantu mengimbangi bilangan haiwan sihat dalam lingkungan keupayaan muatan ekologi sesebuah persekitaran apabila tiadanya sekat dan imbangan semulajadi seperti pemangsa.[2] Bagaimanapun, sebuah kajian yang dijalankan oleh Pusat Dinamik Penyakit Berjangkit Universiti Negeri Pennsylvania mendapati bahawa pengurangan bilangan haiwan buruan di kawasan kecil boleh meningkatkan ketumpatan bilangan sengkenit, maka meningkatkan lagi kes jangkitan penyakit bawaan sengkenit dalam tikus yang membawa kepada perebakan penyakit ensefalitis bawaan sengkenit.[3]

Penangkapan ikan untuk tujuan makanan atau rekreasi, pemerangkapan haiwan yang menceroboh atau mengejara haiwan tanpa niat untuk membunuh, seperti mengambil foto haiwan liar, tidak dikira sebagai memburu. Amalan "memburu" tumbuh-tumbuhan sewajarnya dipanggil mencari atau memungut.

Aspek-aspek kemahiran menjejaki lalu memperoleh sasaran yang sukar ditangkap ketika mengejar haiwan buruan menyebabkan istilah "buru" menjadi metafora (seperti "memburu harga murah").

  1. ^ Williams, Ted. "Wanted: More Hunters," Audubon, Mac 2002, salinan Diarkibkan 2007-10-13 di Wayback Machine diterima pada 2007-10-26.
  2. ^ Harper, Craig A. "Quality Deer Management Guidelines for Implementation" (PDF). Agricultural Extension Service, The University of Tennessee. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2006-09-12. Dicapai pada 2006-12-20.
  3. ^ Deer-free Areas May Be Haven For Ticks, Disease

Previous Page Next Page






Jag AF Mi'adop AMI Caza AN صيد Arabic Caza AST Ovçuluq AZ اووچولوق AZB Һунар BA Паляванне BE Паляваньне BE-X-OLD

Responsive image

Responsive image