Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Pemerintahan sementara

Kerajaan atau pemerintah sementara[nota bahasa 1] merupakan suatu kerajaan yang memerintah buat sementara waktu.

Kerajaan sementara boleh dilakukan apabila sesebuah kerajaan dalam sistem parlimen dikalahkan dalam undi tidak percaya, atau dalam kes di mana sesebuah kerajaan dibubuarkan dan digantikan dengan kerajaan sementara sehingga pilihan raya diadakan dan kerajaan baharu dipilih. Di beberapa negara yang menggunakan sistem pemerintahan Westminster, kerajaan sementara adalah kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk meneruskan operasi atau perkhidmatan dalam tempoh interim semasa pembubaran parlimen untuk tujuan mengadakan pilihan raya dan pembentukan kerajaan baru selepas keputusan pilihan raya diketahui. Dalam sistem kerajaan campuran, kerajaan sementara boleh dibentuk buat sementara waktu sehingga rundingan membentuk kerajaan pemerintah dapat diputuskan. Ia sering berlaku apabila keputusan pilihan raya tidak memberi majoriti kepada mana-mana parti. Kerajaan sementara akan bertanggungjawab dalam menguruskan isu harian dan menyediakan peruntukan untuk perbincangan, tetapi tidak dibenarkan memperkenalkan barisan kerajaan atau memperkenalkan undang-undang kontoversi.

Kerajaan sementara juga sering ditubuhkan berikutan peperangan. Ia akan terus beroperasi sehingga pemerintahan demokratik yang stabil dapat dipulihkan, atau dibina.
Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "nota bahasa", tetapi tiada tag <references group="nota bahasa"/> yang berpadanan disertakan


Previous Page Next Page