Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Pempasteuran

Pempasteuran krim dan gegelung penyejukan di Murgon Butter Factory, 1939

Pempasteuran atau pasteurisasi adalah satu proses pemanasan makanan cecair yang membunuh bakteria dalam kandungan makanan tersebut.

Ia dicipta oleh ahli sains Perancis Louis Pasteur pada abad ke-19. Pada tahun 1864, Pasteur mendapati bahawa pemanasan bir dan wain cukup untuk membunuh kebanyakan bakteria yang menyebabkan kerosakan, lalu mencegah minuman ini daripada menjadi masam; proses ini tercapai dengan menghapuskan mikrob patogenik dan menurunkan bilangan mikrob untuk memanjangkan mutu dan jangka hayat minuman yang ingin disimpan. Proses ini kini digunakan secara meluas dalam industri tenusu dan makanan untuk kawalan mikrob dan pengawetan makanan.[1]

Tidak seperti pensterilan, pempasteuran bukan bertujuan untuk membunuh semua mikroorganisma dalam makanan. Sebaliknya, ia bertujuan untuk mengurangkan bilangan patogen supaya sukar untuk mengakibatkan penyakit (dengan anggapan produk dipasteur disimpan seperti yang ditunjukkan dan dimakan sebelum tarikh tamat tempoh). Pensterilan makanan berskala komersial amat jarang kerana ia memberi kesan buruk terhadap rasa dan kualiti produk. makanan tertentu, seperti produk tenusu, boleh dipanaskan secara lampau untuk memastikan mikrob patogenik dimusnahkan.[2]

  1. ^ "What is pasteurisation?". Dairy Council (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Oktober 2012.
  2. ^ Montville, T. J., and K. R. Matthews: "food microbiology an introduction", page 30. American Society for Microbiology Press, 2005.

Previous Page Next Page