Pemuat atau kapasitor (juga kondenser atau kondensator) merupakan alat elektrik atau elektronik yang mampu menyimpan tenaga di medan elektrik antara sepasang pengalir (plat). Proses menyimpan tenaga dalam kapasitor dikenali sebagai "mengecas", dan melibatkan cas elektrik yang mempunyai magnitud yang sama, tetapi kekutuban yang berlawan yang berkumpul di kedua-dua plat masing-masing.
Kapasitor biasanya digunakan dalam litar elektrik dan litar elektronik sebagai alat storan tenaga. Selain itu, kapasitor dapat digunakan untuk meghalang arus terus, dan pada masa sama membenarkan arus ulang-alik melaluinya. Kapasitor juga digunakan untuk memisahkan antara isyarat frekuensi tinggi dan rendah. Oleh itu, kapasitor biasanya digunakan sebagai penapis elektronik.
Bentuk-bentuk pemuat terawal dicipta pada abad ke-18 melalui reka cipta balang Leyden oleh ahli-ahli sains Eropah yang mendapati bahawa cas elektrik dapat disimpan dalam balang-balang kaca berisi air.[1][2]
|access-date=
requires |url=
(bantuan)