Pencerobohan Inggeris-Soviet ke atas Iran | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Kancah Mediterranean dan Timur Tengah Perang Dunia II | |||||||||
![]() Askar-askar Divisyen Ke-6 Kereta Kebal Soviet melalui jalan Tabriz di atas kereta kebal ringan T-26. | |||||||||
| |||||||||
Pihak yang terlibat | |||||||||
![]() ![]() • ![]() • ![]() |
![]() | ||||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||||
![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() | ||||||||
Kekuatan | |||||||||
Soviet: 3 tentera darat medan British: 2 divisyen dan 3 briged 4 sekoci 1 bot meriam 1 korvet 1 kruiser dagang bersenjata 1 kapal layar bersenjata Bilangan kapal auksiliari yang tidak diketahui |
9 divisyen 60 pesawat 2 sekoci 4 bot ronda | ||||||||
Kerugian dan korban | |||||||||
Soviet: 40 KIA 3 pesawat musnah British: 22 KIA[3] 50 WIA[3] 1 kereta kebal musnah |
~800 KIA 2 sekoci tenggelam, 2 bot ronda ditawan 6 pesawat musnah | ||||||||
Kasualti orang awam: ~200 orang awam Iran terkorban | |||||||||
Peta pencerobohan |
Pencerobohan Inggeris-Soviet ke atas Iran atau Pencerobohan Inggeris-Soviet ke atas Parsi adalah penyerbuan bersama terhadap negara berkecuali Imperial Iran oleh United Kingdom dan Soviet Union pada Ogos 1941. Pencerobohan itu, dengan nama kod Operasi Countenance, sebahagian besarnya tidak ditentang oleh tentera Iran yang lemah dari segi bilangan anggota dan teknologi. Pencerobohan pelbagai cabang berkoordinasi berlaku disepanjang sempadan Iran dengan Iran moden, Azerbaijan dan Turkmenistan dengan pertempuran bermula pada 25 Ogos dan berakhir pada 31 Ogos apabila kerajaan Iran bersetuju secara formal untuk menyerah dan telahpun bersetuju untuk gencatan senjata pada 30 Ogos.[1]
Pencerobohan tersebut berlaku dua bulan selepas pencerobohan Paksi ke atas Soviet Union dan perikatan Soviet Union yang terkemudian dengan United Kingdom. Serangan juga berlaku kurang dari dua bulan selepas kemenangan Sekutu ke atas tentera pro-Paksi di negara tetangga Iraq dan Syria dan Lubnan Perancis.
Tujuan strategik pencerobohan itu adalah untuk memastikan keselamatan saluran bekalan Pihak Bersekutu ke Soviet Union (lihat Koridor Parsi), melindungi medan minyak Iran, menghadkan pengaruh Jerman di Iran (Reza Shah dianggap mesra dengan Jerman Nazi) dan menghalang sebarang kemaraan tentera Paksi dari Turki melalui Iran menuju medan minyak Baku atau India British. Susulan dari pencerobohan itu, pada 16 September 1941 Reza Shah turun takhta dan telah dibuang negeri oleh penceroboh British. Baginda telah digantikan oleh putera muda Mohammad Reza Pahlavi.[4]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Milani
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Farrokh 03