Pendidikan menengah merupakan peringkat kedua dalam proses pendidikan secara formal, selepas tamat persekolahan di peringkat pendidikan rendah dan sebelum ke pendidikan tinggi. Di kebanyakkan negara, pendidikan menengah wajib diberikan, sekurang-kurangnya sehingga mencapai umur 16 tahun[1]. Golongan remaja biasanya memasuki fasa pendidikan menengah rendah sewaktu mereka berumur 12 tahun[2]. Ada juga negara yang mewajibkan pendidikan menengah sehingga berumur 19 tahun.
Pendidikan menengah biasanya dijalankan di sekolah menengah, sekolah tinggi, maktab atau kolej, bergantung kepada negara. Oleh kerana ia menjurus ke arah universiti, pelajarannya adalah lebih berat berbanding pendidikan rendah. Pelajar-pelajar yang menamatkan pendidikan menengah mempunyai banyak pilihan sama ada meneruskan proses pendidikan ke pengajian tinggi, vokasional ataupun memasuki alam pekerjaan[2].