Penisilin merupakan salah satu dari jenis ubat antibiotik β-laktik yang digunakan dalam penyembuhan penyakit berjangkit disebabkan bakteria berjenis Gram positif.[1], ia berkesan melalui sifat yang mampu menghalang pengukuhan mukopeptida asas pembentukan dinding sel bakteria yang tumbuh aktif.[2] Penisilin diperolehi daripada kulat yang bernama penisilum.
Penisilin digunakan dengan meluas untuk merawat jangkitan pada pelbagai bahagian tubuh, seperti penyakit:
Dalam Perang Dunia Kedua, ramai askar telah diselamatkan kerana luka mereka dapat dirawat dengan penisilin. Terdapat pelbagai jenis penisilin dan setiap satunya adalah khusus untuk membunuh kuman tertentu.
Secara umumnya penisilin merupakan suatu ubat yang selamat digunakan. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir pesakit yang sangat peka terhadap penisilin. Apabila seseorang memakan penisilin, mereka mungkin menjadi sakit, merasa gatal, semput, ataupun ruam kulit. Dalam kes yang serius, pesakit itu boleh mati akibat kekusutan penyakitnya.
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)