Penjajap (atau biasa disebut dalam bahasa Portugis: Pangajava) ialah sejenis perahu yang digunakan untuk pertempuran di laut. Perahu jenis ini dulu banyak digunakan baik oleh tentera/ketenteraan laut mahupun lanun laut di Nusantara. Perahu penjajap berbentuk panjang dan ramping, dengan haluan dan buritan yang sangat tirus dan dibuat ringan agar dapat bergerak cepat. Ukurannya bermacam-macam, namun semakin kecil makin baik, kerana kelajuannya menjadi bertambah besar. Serangan biasanya dilakukan menggunakan perahu penjajap kecil yang dapat bergerak cepat, manakala kapal penjajap besar berfungsi sebagai pelindung. Dalam operasinya mereka juga didampingi perahu kecil yang bernama kakap.[1]:239-241
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama warren2