Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di DNA sequencing (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Penjujukan DNA merupakan proses menentukan turutan nukleotida yang tepat di dalam sesebuah molekul DNA, termasuklah sebarang kaedah atau teknologi yang digunakan untuk menentukan turutan empat alkali—adenina, guanina, sitosina, dan timina—di dalam sejalur DNA. Kemajuan kaedah penjujukan DNA secara pantas telah banyak mempercepat usaha penyelidikan dan penemuan dalam bidang biologi dan perubatan.
Pengetahuan jujukan DNA telah menjadi penting untuk penyelidikan biologi asas serta pelbagai bidang amali seperti diagnostik, bioteknologi, biologi forensik, dan sistematik biologi. Kepantasan penjujukan yang deras yang tercapai dengan teknologi penjujukan DNA terkini telah menjadi penting dalam penjujukan DNA yang lengkap, atau genom pelbagai jenis dan spesies hidupan, termasuk genom manusia dan lain-lain jujukan DNA lengkap bagi kebanyakan spesies haiwan, tumbuhan mahupun mikroorganisma.
Jujukan-jujukan DNA yang terawal diperoleh pada awal 1970-an oleh para penyelidik akademik yang menggunakan kaedah-kaedah menjerihkan yang berasaskan kromatografi dua dimensi. Ekoran terciptanya kaedah-kaedah penjujukan berasaskan pendarfluor dengan analisa automatik,[1] penjujukan DNA telah menjadi lebih mudah dengan turutuan magnitud yang lebih pantas.[2]
|author-separator=
ignored (bantuan); Unknown parameter |month=
ignored (bantuan)
|month=
ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)