Bendera | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 29 Julai 1958 |
Agensi terdahulu |
|
Bidang kuasa | Pemerintah Persekutuan Amerika Syarikat |
Ibu pejabat | Two Independence Square, Washington, D.C., Amerika Syarikat 38°52′59″N 77°0′59″W / 38.88306°N 77.01639°WKoordinat: 38°52′59″N 77°0′59″W / 38.88306°N 77.01639°W |
Moto | For the Benefit of All (Untuk Manfaat Semua)[2] |
Kakitangan | 17,219 (2019)[3] |
Belanjawan tahunan | ▲ US$21.5 bilion (2019)[4] |
Eksekutif agensi |
|
Laman sesawang | www |
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (Jawi: ڤنتدبيرن اءيروناءوتيک دان اڠکاس لڤس کبڠساءن اميريک ) atau singkatannya NASA (Jawi: ناسا ) merupakan badan pemerintah Amerika Syarikat yang bertanggungjawab mengelola dan mentadbir program angkasa lepas dijalankan di negara tersebut. Badan ini ditubuhkan pada 29 Julai 1958 hasil pelaksanaan Akta Aeronautik dan Angkasa Lepas.[5] Perbelanjaan tahunan bagi tahun fiskal 2007 (FY2007) berjumlah AS$ 16.8 bilion.[6] NASA secara umumnya dirujuk sebagai agensi angkasa lepas yang terulung diseluruh dunia, walaupun kebanyakan teknologinya (seperti kapal angkasa bolak balik) tidaklah baru mahupun "berteknologi tinggi".
Selain dari program angkasa lepas, NASA juga bertanggungjawab terhadap penyelidikan aeroangkasa ketenteraan dan awam jangka panjang. Sejak Februari 2006, kenyataan misi NASA ialah "merintis masa depan dalan penjelajahan angkasa lepas, penemuan saintifik dan penyelidikan aeronautik."[7] Moto badan ini ialah per aspera ad astra, suatu ungkapan bahasa Latin yang bermaksud "menuju ke bintang melalui kesukaran."