Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Penyakit virus Ebola

Penyakit virus Ebola
Pengelasan dan sumber luaran
1976 Gambar dua orang jururawat berdiri di hadapan Mayinga N., pesakit virus Ebola; pesakit meninggal hanya beberapa hari kemudian akibat pendarahan dalaman yang teruk.
ICD-10A98.4
ICD-9065.8
P. Data Penyakit18043
MedlinePlus001339
eMedicinemed/626
MeSHD019142
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Penyakit virus Ebola (EVD) atau Demam berdarah Ebola (EHF) ialah penyakit yang menyerang manusia disebabkan oleh virus Ebola. Virus ini baru sahaja dikenalpasti dan dianggap sebagai suatu virus penyakit yang amat berbahaya di dunia[1]. Ebola mudah berjangkit dan boleh membawa maut. Dalam 50% - 90% kes jangkitan, penyakit ini mengakibatkan kematian, bergantung kepada jenis virus Ebola punca penyakit. Virus Ebola menyebabkan pesakit menjadi lemah, kekurangan air, lesu dan keliru. Tanda-tanda Ebola yang paling jelas merupakan pendarahan di seluruh tubuh dan di dalam badan. Kematian biasanya berlaku dalam masa 7 sehingga 16 hari disebabkan oleh kejutan dan kehilangan darah yang serius.

Gejala-gejala biasanya bermula dari hari ke-dua hingga ke tiga minggu selepas dijangkiti virus, dengan demam, sakit tekak, sakit otot, dan sakit kepala. Kebiasaannya diikuti rasa loya, muntah-muntah, dan cirit-birit, juga kemerosotan fungsi hati dan buah pinggang. Pada ketika ini, sesetengah orang mula mengalami masalah pendarahan.[2]

Imej mikroskop elektron virus Ebola   (Sumber: CDC)
  1. ^ http://www.aljazeera.com/programmes/insidestory/2014/03/ebola-how-far-away-cure-2014328171840400662.html
  2. ^ "Ebola virus disease Fact sheet N°103". World Health Organization. March 2014. Dicapai pada 12 April 2014.

Previous Page Next Page