Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Penyata kewangan

Penyata kewangan bersejarah

Penyata kewangan (atau laporan kewangan) ialah rekod formal kegiatan-kegiatan kewangan sesebuah perniagaan, orang perseorangan, atau entiti-entiti yang lain.

Penyata kewangan memberikan rumusan keseluruhan kedudukan kewangan jangka pendek serta jangka panjang bagi sesuatu perniagaan atau individu perseorangan. Semua maklumat kewangan perusahaan perniagaan yang disampaikan dengan cara berstruktur dan dalam bentuk yang mudah difahami dikenali sebagai penyata kewangan. Terdapat empat penyata kewangan yang asas:[1]

  1. Kunci kira-kira: Juga dirujuk sebagai penyata kedudukan atau keadaan kewangan, ia melaporkan aset, liabiliti, dan equiti pemilik syarikat pada sesuatu masa.
  2. Penyata pendapatan: Juga dirujuk sebagai Penyata Untung Rugi (atau "P&L"), ia melaporkan pendapatan, belanja, dan untung pada sesuatu tempoh perakaunan. Ini termasuk jualan dan pelbagai belanja yang dikenakan sewaktu pemprosesan.
  3. Penyata Perubahan Ekuiti Pemilik: Menerangkan perubahan dalam ekuiti pemilik sesuatu syarikat atau entiti.
  4. Penyata aliran tunai: Melaporkan kegiatan aliran tunai syarikat, khususnya kegiatan operasi, pelaburan, dan kewangan.

Bagi entiti besar, penyata kewangan ialah kompleks dan merangkumi nota penyata kewangan, serta perbincangan dan analisis pengurusan yang meluas. Nota itu biasanya menghuraikan setiap item dalam kunci kira-kira, penyata pendapatan, dan penyataan aliran tunai dengan lebih terperinci. Hal ini merupakan bahagian penyata kewangan yang penting.

  1. ^ "Presentation of Financial Statements" Standard IAS 1, International Accounting Standards Board. Accessed 24 June 2007.

Previous Page Next Page