Perang Jepun-Rusia | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Empayar Rusia Prinsipaliti Montenegro | Empayar Jepun | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Tsar Nikolay II Aleksey Kuropatkin Stepan Makarov † Zinovy Rozhestvensky |
Maharaja Meiji Ōyama Iwao Nogi Maresuke Tōgō Heihachirō | ||||||
Kekuatan | |||||||
500,000 tentera | 400,000 tentera | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
34,000 – 52,623 terbunuh; 9,300 – 18,830 maut akibat penyakit; 146,032 cedera; 74,369 tertawan; penduduk awam China tak diketahui[1][2] | 47,152 – 47,387 terbunuh; 21,802 – 27,200 maut akibat penyakit; 173,425 cedera; penduduk awam China tak diketahui[1][2] |
Perang Jepun-Rusia (Jepun: 日露戦争 ; Romaji: Nichi-Ro Sensō; Rusia: Русско-японская война Russko-Yaponskaya Voyna; Cina ringkas: 日俄战争 ; Cina tradisional: 日俄戰爭 ; pinyin: Rìézhànzhēng, 10 Februari 1904 – 5 September 1905) adalah satu konflik yang timbul akibat cita-cita untuk meluaskan kuasa oleh Empayar Rusia dan Empayar Jepun ke atas Manchuria dan Korea. Medan pertempuran utama adalah di Manchuria Selatan, terutamanya di kawasan sekitar Semenanjung Liaodong dan Mukden, laut di sekeliling Korea, Jepun, dan Laut Kuning.
Rusia ingin mencari pelabuhan air suam[3] di Lautan Pasifik, untuk tentera laut mereka selain perdagangan maritim. Vladivostok adalah satu-satunya pelabuhan yang beroperasi semasa musim panas, tetapi Pelabuhan Arthur akan beroperasi sepanjang tahun. Bermula pada akhir Perang China-Jepun Pertama dan tahun 1903, rundingan di antara Rusia dan Jepun adalah sia-sia. Jepun memilih peperangan bagi mengekalkan penguasaan ekslusif di Korea.
Keputusan kempen, yang mana tentera Jepun secara konsisten berjaya mengalahkan tentera Rusia, tidak dijangka oleh para pemerhati. Kemenangan ini secara dramatik mengubah keseimbangan kuasa di Asia Timur, menyebabkan penilaian semula kemasukkan terbaru Jepun ke pentas dunia. Kekalahan memalukan menyebabkan rakyat Rusia tidak puas hati akan ketidakcekapan dan rasuah oleh kerajaan Tsar, dan membuktikan penyebab utama pada Revolusi Rusia 1905.