Perang Morea | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Liga Suci dan Perang Uthmaniyyah–Venice | |||||||||
![]() Peta Eropah sekitar tahun 1670. | |||||||||
| |||||||||
Pihak yang terlibat | |||||||||
![]() ![]() Negeri-negeri Paus ![]() ![]() ![]() Morlach dan Croat |
![]() | ||||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||||
Francesco Morosini Otto Wilhelm Königsmarck |
Ismail Pasha Mahmud Pasha |
Perang Morea (Itali: La guerra di Morea , Turki: Mora Savaşı ) atau lebih dikenali dengan nama Perang Uthmaniyah-Venice Ke-6. Perang ini terjadi antara tahun 1684 sehingga tahun 1699, sebagai sebahagian daripada konflik yang besar iaitu "Perang Turki Besar", antara Republik Venice dan Empayar Uthmaniyyah. Operasi ketenteraan berlaku di kawasan Dalmatia sehingga Laut Aegea. Bagaimanapun, kempen utama dalam peperangan ini adalah penaklukan Venice ke atas semenanjung Morea (Peloponnesos) di selatan Yunani. Di pihak Venezia, perang ini berlaku bagi membalas akan kehilangan Krete dalam Perang Crete (1645–1669), sementara Uthmaniyah sibuk di perbatasan utara menentang Habsburg dan tidak dapat menghantar pasukan tentera mereka dalam menentang Republik Venice. Oleh itu, Perang Morea merupakan satu-satunya siri peperangan dengan Uthmaniyah di mana Venice mendapat kemenangan serta berjaya memperoleh jajahan yang penting. Meskipun kejayaan Venice hanya bersifat sementara, apabila kelebihan mereka ini berjaya diundurkan oleh Uthamniyyah pada tahun 1715.