Gabungan Rhine | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1806–1813 | |||||||||
Jata | |||||||||
Status | Pergabungan negeri-negeri tuntutan Empayar Perancis Pertama | ||||||||
Ibu negara | Frankfurt | ||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Jerman, Perancis | ||||||||
Pelindung | |||||||||
• 1806–1813 | Napoleon I | ||||||||
Ketua Putera | |||||||||
• 1806–1813 | Karl von Dalberg | ||||||||
• 1813 | Eugène de Beauharnais | ||||||||
Badan perundangan | Diet Pergabungan | ||||||||
Era Sejarah | Perang Napoleon | ||||||||
12 Julai 1806 | |||||||||
• Empayar Suci Rom dibubarkan | 6 Ogos 1806 | ||||||||
• Pertempuran Leipzig | 4 November 1813 | ||||||||
• Perjanjian Paris | 30 Mei 1814 | ||||||||
| |||||||||
Sekarang sebahagian dari | Austria Republik Czech Jerman Itali Liechtenstein Poland |
Gabungan Rhine (Jerman: Rheinbund ; Perancis: secara rasminya États confédérés du Rhin ("Gabungan Negeri-negeri Rhine"), tetapi secara praktiknya adalah Confédération du Rhin ) adalah sebuah gabungan negeri-negeri sekutu dalam Empayar Perancis Pertama. Ia mula diasaskan dengan 16 buah negeri-negeri Jerman oleh Napoleon selepas beliau mengalahkan Austria dan Rusia dalam Pertempuran Austerlitz. Perjanjian Pressburg yang membawa kepada penubuhan Gabungan Rhine, yang mana berlangsung pada tahun 1806 sehingga tahun 1813.[2]
Gabungan 16 buah negeri "raja-raja Jerman" (Fürsten ) kemudiannya disertai oleh 19 buah negeri lain daripada Empayar Rom Suci. Pergabungan negeri-negeri tersebut mengandungi lebih daripada 15 juta penduduk dan memberi kelebihan strategik kepada Empayar Perancis di barisan timurnya. Ia dianggap sebagai entiti boneka kepada Maharaja Napoleon oleh negara-negara pihak anti-Perancis.
Bagi mencapai cita-cita Napoleon melalui revolusi pemodenan, beliau mengarahkan para tentera dan bekalan daripada negeri-negeri ini untuk tujuan mendanai kempen peperangan beliau. Napoleon memerlukan negeri-negeri GAbungan ini membekalkan 63,000 orang tentera. Kejayaan Gabungan berdasarkan kejayaan kempen ketenteraan Napoleon dalam pertempuran; di mana ia runtuh setelah Napoleon kalah dalam Pertempuran Leipzig pada tahun 1813.