Football Association of Malaysia | |
![]() | |
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | FAM |
Jenis/bentuk sah | Persekutuan bola sepak ![]() |
Status undang-undang | Beroperasi |
Tujuan | Menyelia aktiviti sukan berkaitan bola sepak, futsal dan bola sepak pantai |
Bidang | Sukan |
Anggota bagi | Konfederasi Bola Sepak Asia, FIFA, Persekutuan Bola Sepak ASEAN ![]() |
Tapak web | www![]() |
Sejarah | |
Pendahulu | Football Association of Malaya |
Ditubuhkan | 1933 |
Pengurusan | |
Setiausaha agung | Noor Azman bin Hj Rahman |
Presiden | Tan Sri Dato' Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin |
Tokoh penting | |
Organisasi induk | FIFA |
Lokasi | |
![]() | |
Ibu pejabat | Wisma FAM |
Lokasi |
|
Koordinat | 3°05′42″N 101°36′20″E / 3.095020°N 101.605478°E |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Persatuan Bola Sepak Malaysia (bahasa Inggeris: Football Association of Malaysia ) (singkatan: FAM) ialah sebuah badan organisasi yang mengurus dan mentadbir aktiviti berkaitan sukan bola sepak, futsal dan bola sepak pantai di dalam Malaysia. FAM telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1933 sebagai Persatuan Bola Sepak Malaya, selepas penjenamaan semula Malayan Football Association (MFA), dengan Sir Andrew Caldecott dipilih sebagai Presiden FAM pertama. Ibu pejabat FAM dikenali sebagai Wisma FAM, terletak di Kelana Jaya, Selangor.
FAM juga bertanggungjawab dalam menyediakan dan menguruskan pasukan kebangsaan Malaysia. Bagi sukan bola sepak, terdapat dua pasukan kebangsaan yang dikendalikan FAM, yang digelar sebagai Harimau Malaya untuk pasukan lelaki dan Malayan Tigress[1] untuk pasukan wanita. Selain bola sepak, FAM juga mengendalikan pasukan kebangsaan Malaysia dalam sukan bola sepak pantai[2] dan futsal[3] dalam acara domestik atau kejohanan antarabangsa.
Setakat tahun 2022, FAM memiliki ahli gabungan seramai 14 persatuan bola sepak di peringkat negeri dan enam persatuan bola sepak selain negeri.