Persatuan Cina Malaysia Malaysian Chinese Association 马来西亚华人公会 MCA | |
---|---|
Presiden | Dato' Seri Wee Ka Siong |
Timbalan Presiden | Dato' Sri Mah Hang Soon |
Naib Presiden | YB Lim Ban Hong (Naib Presiden I) YB Tan Teik Cheng (Naib Presiden II) YB Ti Lian Ker (Naib Presiden III) YB Yew Teong Look (Naib Presiden IV) |
Ketua Wanita | Datuk Heng Seai Kie |
Ketua Pemuda | Datuk Nicole Wong Siaw Ting |
Ditubuhkan | 27 Februari 1949 |
Ibu pejabat | Tingkat 8, Wisma MCA, 163, Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur |
Keanggotaan (-) | 592,530 (Ogos 2022) |
Ideologi | Nasionalisme Malaysia Patriotisme Perjuangan komuniti Cina Hak ekonomi komuniti Cina Membanteras rasuah Semangat Keluarga Malaysia Kebajikan rakyat diutamakan Keadilan semua pihak Kerjasama pelbagai kaum Hak sosial & budaya negara |
Penggabungan kebangsaan | Parti Perikatan (PA) (1952–1973) Barisan Nasional (1973-2018), (2020-kini) |
Warna | Biru dan Kuning |
Lagu parti | Ma Hua Dang Ge |
Dewan Negara: | 6 / 70 |
Dewan Rakyat: | 2 / 222 |
Dewan Undangan Negeri: | 8 / 587 |
Simbol pilihan raya | |
Bendera parti | |
Laman sesawang | |
www.mca.org.my | |
- |
Persatuan Cina Malaysia (Inggeris: Malaysian Chinese Association, Cina Ringkas: 马来西亚华人公会, akronim: MCA) adalah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin Presiden, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong. MCA merupakan parti komponen bagi Barisan Nasional yang merupakan sebahagian daripada gabungan parti pemerintah bagi kerajaan Persekutuan dan merupakan parti pemerintah bagi kerajaan negeri Perlis, Pahang, Melaka dan Johor. Setiausaha Agung MCA ialah Datuk Chong Sin Woon. Ketua Pemuda MCA ialah Nicole Wong Siaw Ting manakala Ketua Wanita MCA pula ialah Datuk Heng Seai Kie.
Parti ini mendapat asasnya daripada gerakan Kuomintang yang bertapak di Tanah Melayu British sekitar tahun 1930-an[1] melawan Parti Komunis Malaya seiringan perjuangan parti tersebut dipegang Republik China yang mahu merampas kuasa ke atas Tanah Besar China dari Parti Komunis China.[2] Ia ditubuhkan secara rasminya pada 24 Februari 1949 dengan galakan Pentadbiran Tentera British yang mendokong gagasan pendirian anti-radikalnya yang alternatif pada ketika itu.[3]