Pada 1996, pertubuhan ini mengadakan Kejohanan Bola Sepak ASEAN dan sejak dari itu ia telah berkembang menjadi sebuah kejohanan yang mengangkat martabat bola sepak Asia Tenggara.
Kini, AFF masih mengembangkan pengaruhnya dengan Timor Leste menyertai pertubuhan ini pada 2004 dan Australia pada 1 Januari 2006. Australia menghantar pasukan muda mereka semasa Kejohanan Bola Sepak Remaja ASEAN.
Pada 7 Ogos, 2008, AFF dengan rasminya mengumumkan bahawa Suzuki menjadi penaja baru untuk pertandingan perdana mereka, Kejohanan Bola Sepak ASEAN