Pertempuran Kasserine Pass | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Kempen Tunisia dalam Perang Dunia II | |||||||
Askar-askar Batalion Ke-2, Rejimen Ke-16 Infantri dari Divisyen 1 Infantri AS berjalan melalui Genting Kasserine dan seterusnya ke Kasserine dan Farriana, Tunisia 26 Februari 1943. | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Amerika Syarikat United Kingdom Perancis Bebas |
Jerman Nazi Itali | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Lloyd Fredendall Kenneth Anderson | Erwin Rommel | ||||||
Kekuatan | |||||||
30,000[1] | 22,000[1] | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
Amerika Syarikat 3,300 terkorban dan cedera[2] 3,000 POW[2] 183 kereta kebal musnah 616 kenderaan musnah 208 meriam musnah[1][3][4] (Termasuk Sidi Bou Zid) Perancis Bebas 500 terbunuh dan cedera[5] Jumlah: 10,000 kasualti[1] |
989 terbunuh atau cedera[6] 608 ditawan[5] 20 kereta kebal musnah[5] 67 kenderaan musnah[5] 14 meriam musnah[5] (Termasuk Sidi Bou Zid) |
Pertempuran Kasserine Pass adalah satu siri peperangan Kempen Tunisia dalam Perang Dunia II yang berlaku pada bulan Februari 1943 di Genting Kasserine, jurang 2-batu-luas (3.2 km) di banjaran Grand Dorsal Pergunungan Atlas di tengah barat Tunisia.
Tentera Paksi, dipimpin oleh Generalfeldmarschall Erwin Rommel, dari Kumpulan Tempur Afrika Korps, Divisyen Armor Centauro Itali dan dua divisyen panzer yang dipisahkan dari Tentera Darat Ke-5 Panzer, manakala Tentera Bersekutu mengandungi Kor II A.S. (Mejar Jeneral Lloyd Fredendall),[7] Divisyen Ke-6 Armor British (Mejar Jeneral Charles Keightley) dan bahagian lain Tentera Darat Pertama (Leftenan Jeneral Kenneth Anderson).
Pertempuran itu merupakan pertembungan besar pertama antara A.S. dan tentera Paksi di Afrika. Askar Amerika yang berjumlah besar tetapi tidak berpengalaman dan dipimpin dengan teruk menyebabkan banyak korban dan dengan cepat ditolak lebih 50 batu (80 km) dari posisi mereka disebelah barat Faïd Pass.[7] Keputusan ini mengesahkan ramalan Winston Churchill, yang tegas menyarankan bahawa penyerbuan Perancis seperti yang dinyatakan dalam rancangan 1942 Operasi Roundup ditangguhkan sehingga pihak Sekutu dapat menyokong usaha besar rancangan, yang akan memberi masa secukupnya kepada pasukan tentera A.S. untuk bangkit menentang pihak Jerman yang berpengalaman dan serba lengkap.
Selepas kekalahan awal, elemen-elemen Kor II A.S, dengan bantuan tentera British, berkumpul dan mempertahankan jalan keluar melalui kaki gunung di barat Tunisia, mengalahkan penyerangan Paksi. Hasil dari pertempuran tersebut, pihak Tentera Darat A.S. membuat perubahan besar-besaran terhadap organisasi unit dan menggantikan para komander[7] dan beberapa jenis kelengkapan.