Pertempuran Mediterranean | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Dunia II Kancah Mediterranean dan Timur Tengah | |||||||
Dari kiri atas hingga mengikut arah jam: Kapal induk pesawat British semasa operasi Pedestal, kruiser Zara melepaskan tembakan semasa pertempuran Punta Stilo, sebuah kapal dagang Itali di serang musuh dari udara, kapal selam 'Gondar' dengan silinder SLC di atas dek | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
United Kingdom Amerika Syarikat (dari 1942) Kanada Perancis Bebas Poland Australia New Zealand Yugoslavia Yunani Belanda Brazil Itali (dari 1943) |
Itali (sehingga 1943) Jerman Nazi Republik Sosial Itali (dari 1943) Perancis Vichy[nb 1] | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
Hingga September 1943: Jumlah: 76 kapal perang dengan berat 315,500 tan 48 kapal selam |
Hingga September 1943: Itali: 83 kapal perang dengan berat 195,100 tan 84 kapal selam 2,018,616 tan kapal dagang[1] 21,000 anggota Tentera Laut Diraja Itali dan 6,500 anggota Tentera Laut Dagang Itali terbunuh di laut[2][3] Jerman: 17 kapal perang 68 kapal selam Perancis Vichy 11 kapal perang dengan berat~72,000 tan 7 kapal selam[4] |
Pertempuran Mediterranean adalah nama yang diberi kepada kempen ketenteraan di Laut Mediterranean semasa Perang Dunia II, dari 10 Jun 1940 hingga 2 Mei 1945.
Sebahagian besar kempen tersebut melibatkan Tentera Laut Diraja (Regia Marina) Itali, yang disokong oleh tentera laut dan tentera udara Paksi yang lain, dan Royal Navy British, disokong oleh tentera laut Sekutu yang lain, seperti Australia, Belanda, Poland dan Greece. Unit-unit tentera laut dan udara Amerika menyertai pihak Bersekutu pada tahun 1942.
Setiap pihak mempunyai tiga objektif menyeluruh dalam pertempuran ini. Yang pertama adalah menyerang saluran bekalan pihak lain. Yang kedua ialah terus membuka saluran bekalan untuk bala tentera darat mereka sendiri di Afrika Utara. Yang ketiga pula adalah memusnahkan kemampuan tentera laut lawan untuk berperang di laut. Di luar kancah Pasifik, Mediterranean menyaksikan peperangan laut konvensional terbesar dalam konflik itu. Khususnya, tentera Bersekutu yang berjuang untuk membekalkan dan mempertahankan pangkalan utama tentera laut dan udara Malta.
Pada saat peletakan senjata September 1943 antara Itali dan pihak Sekutu, kapal permukaan, kapal selam dan pesawat Itali telah menenggelamkan kapal perang Sekutu yang berjumlah 145,800 tan, manakala pihak Jerman telah menenggelamkan 169,700 tan, dengan jumlah 315,500 tan. Secara keseluruhan pihak Sekutu kehilangan 76 kapal perang dan 46 kapal selam. Pihak Bersekutu menenggelamkan 83 kapal perang Itali yang berjumlah 195,100 tan (161,200 oleh pihak Komanwel dan 33,900 oleh pihak Amerika) dan 83 kapal selam.[5] Kerugian Jerman di Mediterranean sejak bermulanya kempen hingga tamat ialah 17 kapal perang dan 68 kapal selam.[6]
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "nb", tetapi tiada tag <references group="nb"/>
yang berpadanan disertakan