Pertempuran Passchendaele Pertempuran Ketiga Ypres | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Barisan Barat (Perang Dunia Pertama | |||||||
Tentera artileri Australia berjalan di atas laluan duckboard di in Château Wood berdekatan Hooge, 29 Oktober 1917. Gambar oleh Frank Hurley. | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Belgium | Empayar Jerman | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Douglas Haig Hubert Gough Herbert Plumer Arthur Currie John Monash François Anthoine |
Erich Ludendorff Crown Prince Rupprecht of Bavaria Friedrich Sixt von Armin | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
Dipertikai 200,000 – 448,614 |
Dipertikai 217,000 – 400,000 |
Pertempuran Passchendaele, (atau Pertempuran Ketiga Ypres atau "Passchendaele") ialah satu kempen Peperangan Dunia Pertama, 1914–1918, yang melibatkan empayar-empayar British dan Perancis beserta sekutu-sekutu mereka dengan lawan mereka, empayar Jerman. Pertempuran berlaku di Barisan Barat (Western Front) antara bulan Jun dan November 1917 bertujuan menguasai permatang yang terletak ke arah selatan dan timur bandar Ypres, Belgium di Flanders Barat. Gerakan ini sebahagian daripada perencanaan yang dipersetujui pihak Bersekutu dalam mesyuarat-mesyuarat yang diadakan dalam bulan November 1916 dan Mei 1917.[1][Note 1] Passchendaele terletak pada rabung terakhir di sebelah timur Ypres, lima batu dari persimpangan keretapi di bandar Roulers, yang merupakan bahagian penting sistem pembekalan Tentera Keempat Jerman.[4][Note 2]
Peringkat susulan strategi Tentera Bersekutu, yakni kemaraan ke Thourout–Couckelaere yang bertujuan menutup laluan keretapi melalui Roulers dan Thourout yang dikawal Jerman, tidak terjadi. Opersai susulan dan serangan bantuan British sepanjang kawasan pesisiran pantai Belgium, dari Niewpoort, diganding dengan pendaratan amfibi, seharusnya sampai ke Bruges dan kemudiannya ke perbatasan negeri Belanda. [6] Ketahanan Tentera Keempat Jerman, hujan yang luar biasa, permulaan musim sejuk dan pelencungan sumber-sumber bahan British dan Perancis ke Itali berikutan kemenangan Austro-Jerman dalam Pertempuran Caporetto (24 October–19 November), membolehkan pihak Jerman mengelak daripada membuat pengunduran am, yang pada bulan Oktober kelihatan seperti satu kepastian.[7] Kempen berakhir pada bulan November apabila Kor Kanada menawan Passchendaele.[8] Dalam tahun 1918 berlaku Pertempuran Lys[9] dan Pertempuran Kelima Ypres[10] sebelum pihak Bersekutu menakluk kawasan persisiran pantai Belgium dan sampai ke perbatasan Belanda.{[11]
Satu kempen di Flanders pada tahun 1917 menjadi kontroversi dan kekal sedemikian. Perdana Menteri British, Lloyd George menentang serangan[12] seperti juga Jeneral Foch, Ketua Turus Perancis.[13] Panglima British, Sir Douglas Haig, tidak menerima persetujuan bagi operasi Flanders daripada Kabinet Perang sehingga 25 Julai.[14] Hal-hal yang menjadi pertikaian mereka yang mengambil bahagian serta ahli sejarah semenjak perang itu termasuk kebijaksanaan mengikut strategi serangan yang menyusuli Serangan Nivelle berbanding menunggu ketibaan tentera Amerika di tanah Perancis, keputusan menyerang Flanders berbanding wilayah lain ke arah selatan atau Barisan Hadapan Itali, pemilihan Jeneral Hubert Gough dan Tentera Kelima oleh Haig untuk menjalankan serangan, perdebatan antara penyokong objektif cetek dan dalam berkaitan sifat serangan permulaan, tempoh antara Pertempuran Messines dan serangan permulaan Pertempuran Ypres, sejauh mana masalah dalaman tentera Perancis mendorong pihak British kekal menjalankan serangan, kesan lumpur terhadap operasi dan keputusan agar meneruskan serangan dalam bulan Oktober, sebaik sahaja cuaca menjadi buruk dan kos kemanusiaan terhadap anggota tentera Jerman[15] dan British.[16]
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "Note", tetapi tiada tag <references group="Note"/>
yang berpadanan disertakan