Pertempuran Tsushima | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Rusia-Jepun | |||||||
Laksamana Tōgō di anjungan Mikasa, pada awal Pertempuran Tsushima tahun 1905. Bendera isyarat yang sedang dikibarkan ialah berhuruf Z, yang merupakan arahan khas kepada Armada. | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Empayar Jepun | Empayar Rusia | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Tōgō Heihachirō Kamimura Hikonojō Dewa Shigetō |
Zinovy Rozhestvensky Nikolai Nebogatov Oskar Enkvist | ||||||
Kekuatan | |||||||
5 kapal tempur 27 kruiser 21 kapal pembinasa 37 bot torpedo tambah bot meriam, dan kapal bantuan Jumlah: 89 kapal |
8 kapal tempur 3 kapal tempur pesisir 6 kruiser 9 kapal pembinasa 12 kapal lain Jumlah: 38 kapal | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
117 maut 583 cedera 3 bot torpedo karam (450 tan tenggelam) |
4,380 maut 5,917 ditawan 6 kapal tempur karam 1 kapal tempur pesisir karam 14 kapal lain karam 7 kapal ditawan 6 kapal dilucut senjata (126,792 tan tenggelam) |
Pertempuran Tsushima (Rusia: Цусимское сражение , Tsusimskoye srazheniye), juga dikenali sebagai Pertempuran Selat Tsushima dan Pertempuran Laut Jepun (Bahasa Jepun: 日本海海戦, Nihonkai-Kaisen) di Jepun, adalah satu pertempuran laut terbesar antara Rusia dan Jepun semasa Perang Rusia-Jepun. Ia merupakan satu-satunya pertempuran laut muktamad dalam sejarah tentera yang dilakukan oleh armada kapal tempur besi moden,[2][3] dan pertempuran laut pertama yang mana telegrafi wayarles (radio) memainkan satu peranan penting. Ia telah disifatkan sebagai "lambang kematian era lama – buat kali terakhir dalam sejarah peperangan laut, kapal perang layar dalam armada yang tewas menyerahkalah di laut lepas".[atribusi diperlukan][4]
Ia telah berlangsung pada 27–28 Mei 1905 (14–15 Mei dalam kalendar Julian yang digunakan di Rusia) di Selat Tsushima antara Korea dan selatan Japan. Dalam pertempuran ini armada Jepun dibawah Laksamana Tōgō Heihachirō memusnahkan dua pertiga armada Rusia, dibawah Laksamana Zinovy Rozhestvensky, yang telah mengelilingi lebih 18,000 batu nautika (33,000 km) untuk tiba ke Timur Jauh. Di London pada tahun 1906, Sir George Sydenham Clarke menulis, "Pertempuran Tsu-shima adalah peristiwa laut terbesar dan paling penting sejak Trafalgar";[5] sedekad kemudian, ahli sejarah Edmund Morris bersetuju dengan pendapat ini.[6] Kemusnahan tentera laut Rusia menyebabkan reaksi pahit dari rakyat Rusia, yang membuat perjanjian damai pada September 1905 tanpa sebarang pertempuran lagi.
Sebelum Perang Rusia-Jepun, banyak negara membina kapal tempur mereka dengan pelbagai meriam yang berukuran 152 mm (6-inci), 203 mm (8-inci), 254 mm (10-inci) dan 305 mm (12-inci), dengan niat menggunakan kapal tempur ini dalam pertarungan jarak dekat, iaitu aksi muktamad armada. Pertempuran Tsushima secara konklusif menunjukkan bahawa kelajuan dan meriam besar kapal tempur[7] berserta jarak yang lebih jauh adalah lebih berguna dalam pertempuran laut berbanding pelbagai meriam yang berbeza saiz.[8]
Pertempuran ini juga merupakan kali pertama telegrafi wayarles digunakan dalam peperangan laut.[9] Telegraf wayarles telah dicipta pada akhir tahun 1890an, dan menjelang abad seterusnya hampir kesemua tentera laut utama mengguna pakai teknologi komunikasi yang lebih baik ini. Bagaimanapun Tsushima akan menjadi "pertempuran laut besar pertama yang menggunakan wayarles untuk apa jua peranan".[10]
The naval battle of Tsushima, the ultimate contest of the 1904–1905 Russo-Japanese War, was one of the most decisive sea battles in history.
In retrospect, the battle of Tsushima in May 1905 was the last "decisive" naval battle in history.