Pertempuran Greece | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Kempen Balkan semasa Perang Dunia Kedua | |||||||
![]() Peta menunjukkan pergerakan dan serangan Jerman Nazi ke atas Yunani | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Kuasa Paksi:![]() ![]() ![]() |
Kuasa Bersekutu:![]() ![]() ![]() ![]() | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
![]() ![]() ![]() |
![]() ![]() ![]() ![]() | ||||||
Kekuatan | |||||||
Jerman:[1][2] 680,000 askar 1,200 kereta kebal 700 pesawat 1Itali:[3] 565,000 askar 463 pesawat[4] 163 kereta kebal Jumlah: 1,245,000 askar |
1Greece:[5][6] 430,000 askar, 20 kereta kebal Empayar British:[7][8][9][10][11] 262,612 askar 100 kereta kebal 200–300 pesawat | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
1Itali:[11] 13,755 maut, 63,142 cedera, 25,067 hilang 3Jerman:[12] 1,099 maut, 3,752 cedera, 385 hilang |
1Yunani:[11] 42,485 cedera,[14] 1,290 hilang Empayar British:[7] 903 maut, 1,250 cedera, 13,958 ditawan |
Pertempuran Yunani (juga dikenali sebagai Operasi Marita, Jerman: Unternehmen Marita[15] adalah nama umum bagi pencerobohan Paksi ke atas Yunani Bersekutu oleh Jerman Nazi pada April 1941. Ia adalah seiring dengan pencerobohan Fasis Itali yang tersekat yang dikenali sebagai Perang Yunani-Itali. Ia biasanya dibezakan daripada Pertempuran Crete, yang muncul selepas tanah besar Yunani ditakluki. Operasi Paksi ini adalah sebahagian daripada Kempen Balkan Jerman yang lebih besar dalam Perang Dunia Kedua.
)Sewaktu pencerobohan Jerman Nazi, Yunani sedang berperang dengan Itali Fasis, berikutan pencerobohan Itali pada 28 Oktober 1940. Pihak Yunani menyertai Kuasa Bersekutu dan mengalahkan serangan awal Itali dan serangan balas Mac 1941. Apabila Operasi Marita bermula pada 6 April, sebahagian besar tentera darat Yunani berada di sempadan Yunani dengan Albania, ketika itu adalah negara naungan Itali Fasis, dari mana tentera Itali cuba memasuki Yunani. Tentera Jerman menceroboh melalui Bulgaria, mewujudkan barisan depan yang kedua. Yunani telahpun menerima bala bantuan yang kecil dari tentera Empayar British, bagi menghadapi serangan Jerman tetapi tiada lagi bantuan dihantar selepas pencerobohan bermula. Tentera Yunani mendapati dirinya kekurangan dalam usaha menentang tentera Itali dan Jerman. Oleh itu, garisan pertahanan Bulgaria tidak menerima tentera bantuan yang mencukupi dan dengan cepat ditawan oleh pihak Jerman, yang kemudiannya mengatasi tentera Yunani di sempadan Albania, memaksa mereka menyerahkalah. Tentera Empayar British telah dikalahkan dan terpaksa berundur dengan matlamat pemindahan. Selama beberapa hari pasukan tentera Bersekutu memainkan peranan penting dalam membendung kemaraan Jerman keatas posisi Thermopylae, membolehkan kapal-kapal bersiap untuk memindahkan unit-unit yang mempertahankan Yunani.[16] Tentera Jerman tiba di ibukota Athens pada 27 Aprila[›] dan selatan pantai Yunani pada 30 April, menawan 7,000 askar Empayar British dan mengakhiri peperangan dengan kemenangan muktamad. Penaklukan Yunani lengkap dengan penawanan Crete sebulan kemudian. Menyusuli kejatuhannya, Yunani Bersekutu telah diduduki oleh angkatan tentera Paksi Jerman, Itali dan Bulgaria.[17]
Hitler kemudian menyalahkan kegagalan pencerobohan Soviet Union, yang terpaksa ditangguhkan, atas kegagalan Mussolini menakluk Yunani.[18] Penjelasan ini untuk kekalahan Jerman yang membawa malang oleh Soviet Union telah disangkal oleh majoriti sejarawan, yang menuduh Hitler cuba menyalahkan kekalahan negaranya kepada sekutu beliau, Itali.[19] Namun ia mempunyai akibat yang serius bagi usaha perang Paksi di kancah Afrika Utara. Von Rintelen menekankan, dari sudut pandangan Jerman, kesilapan strategik kerana tidak menakluk Malta.[20]
The Greek Army sustained 13,408 killed, 42,485 wounded, and 270,000 prisoners.
The Greek Army sustained 13,408 killed, 42, 485 wounded, and 270,000 prisoners.
For several days Australian troops played a prominent part in a holding action on the Thermopylae Line in southern Greece, allowing ships to be assembled to evacuate thousands to Egypt and Crete on 24–27 April 1941.