Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Piala AFF 2010

Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2010
Logo rasmi Piala Suzuki AFF 2010
Perincian kejohanan
Negara-negara tuan rumah Indonesia
 Vietnam
Tarikh1 Disember – 29 Disember 2010
Pasukan8
Tempat(di 4 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara Malaysia (Kejuaraan Ke-1)
Naib Juara Indonesia
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan18
Jaringan gol51 (2.83 per perlawanan)
Penjaring terbanyakMalaysia Safee Sali (5 gol)
Pemain terbaikIndonesia Firman Utina
2008
2012

Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2010 juga dikenali sebagai Piala Suzuki AFF 2010 merupakan edisi kelapan Kejohanan Bola Sepak ASEAN. Suzuki[1] meneruskan tajaan mereka untuk kejohanan rantau ASEAN, diadakan pada 1 hingga 29 Disember 2010.[2]

Indonesia dan Vietnam menjadi tuan rumah pada pusingan awal bermula dari 1 hingga 7 Disember bagi Kumpulan A dan 2 hingga 8 Disember bagi Kumpulan B. Pusingan separuh akhir dimainkan secara timbal balik (tuan rumah dan lawan) dengan perlawanan bermula pada 15 dan 16 Disember 2010, dan perlawanan kedua pada 18 dan 19 Disember 2010. Perlawanan akhir dimainkan secara timbal balik juga iaitu akhir pada 26 Disember 2010 dan 29 Disember 2010,[3] di antara tuan rumah Indonesia dan Malaysia.

Pada peringkat separuh akhir kejohanan, pasukan Filipina, Indonesia, Malaysia dan penyandang juara lalu, Vietnam mara ke separuh akhir. Bagi Filipina, ia merupakan kali pertama Filipina layak ke separuh akhir di bawah bimbingan Simon McMenemy.[4]

Seterusnya, Malaysia layak ke perlawanan akhir buat pertama kali selepas 14 tahun,[5] manakala Indonesia pula muncul di perlawanan akhir buat kali keempat. Akhirnya, Malaysia berjaya memenangi kejuaraan pertama mereka dengan menewaskan Indonesia. [6]

  1. ^ "Suzuki renew its title sponsorship of AFF Cup". AseanFootball.org. 2010-08-05. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-03-19. Dicapai pada 2010-08-07.
  2. ^ "December 2010 event calendar". World Sports Group. Dicapai pada 2010-01-20.
  3. ^ "Participating teams at 2010 AFF Suzuki Cup". Dang Cong San Vietnam. Dicapai pada 2010-01-28.
  4. ^ http://www.affsuzukicup.com/_webapp_740273/Hard_work_pays_off,_says_McMenemy Diarkibkan 2010-12-11 di Wayback Machine Hard work pays off, says McMenemy ]
  5. ^ "Football: Malaysia Edge Vietnam To Enter AFF Cup Final After 14 Years". Bernama. Dicapai pada 2010-12-18.
  6. ^ Indonesia 2 Malaysia 1 - Malaysia claim first title Tapak rasmi Piala Suzuki AFF

Previous Page Next Page