IV Campeonato Mundial de Futebol[1] | |
---|---|
Perincian kejohanan | |
Negara tuan rumah | Brazil |
Tarikh | 24 Jun – 16 Julai |
Pasukan | 13 (dari 3 konfederasi) |
Tempat | 6 (di 6 bandar) |
Kedudukan Akhir | |
Juara | Uruguay (Kejuaraan Ke-2) |
Naib Juara | Brazil |
Tempat Ketiga | Sweden |
Tempat Keempat | Sepanyol |
Statistik kejohanan | |
Jumlah perlawanan | 22 |
Jaringan gol | 88 (4 per perlawanan) |
Kehadiran | 1,043,500 (47,432 per perlawanan) |
Penjaring terbanyak | Ademir (8 gol) |
← 1938 1954 → |
Piala Dunia FIFA 1950 dilangsungkan di Brazil mulai 24 Jun hingga 19 Julai. Piala Dunia ini merupakan Piala Dunia FIFA yang pertama setelah terjadinya Perang Dunia II, yang berlangsung selama sekitar 12 tahun. Brazil telah dipilih oleh FIFA selaku tuan rumah kejohanan pada 1 Julai 1946 pada Kongres FIFA di Luxembourg. Kejohanan ini dimenangi oleh Uruguay, yang telah memenangi kejohanan pertama pada tahun 1930.Uruguay mengalahkan Brazil dengan jaringan 2 - 1 dalam perlawanan akhir. Kemenangan Uruguay telah mencipta sejarah dalam dunia bolasepak yang dikenali sebagai "Maracanazo'.