FIFA Fußball Weltmeisterschaft Deutschland 2006 | |
---|---|
Perincian kejohanan | |
Negara tuan rumah | Jerman |
Tarikh | 9 Jun – 9 Julai |
Pasukan | 32 (dari 6 konfederasi) |
Tempat | 12 (di 12 bandar) |
Kedudukan Akhir | |
Juara | Itali (Kejuaraan Ke-4) |
Naib Juara | Perancis |
Tempat Ketiga | Jerman |
Tempat Keempat | Portugal |
Statistik kejohanan | |
Jumlah perlawanan | 64 |
Jaringan gol | 147 (2.3 per perlawanan) |
Kehadiran | 3,353,655 (52,401 per perlawanan) |
Penjaring terbanyak | Miroslav Klose (5 gol) |
Pemain terbaik | Zinedine Zidane |
← 2002 2010 → |
Piala Dunia FIFA 2006 (Tulisan Jawi: ڤيالا دنيا FIFA 2006) adalah Piala Dunia FIFA edisi ke-18, kejohanan dunia bola sepak antarabangsa empat tahun sekali. Ia diadakan dari 9 Jun hingga 9 Julai 2006 di Jerman, yang memenangi hak penganjuran acara itu pada bulan Julai 2000. Pasukan mewakili 198 pasukan bola sepak kebangsaan dari enam benua menyertai dalam proses kelayakan yang bermula pada September 2003. Tiga puluh satu buah pasukan layak daripada proses ini, bersama dengan negara tuan rumah, Jerman, untuk kejohanan akhir.
Pada kejohanan kali ini, Pasukan Itali memenangi Piala Dunia FIFA buat kali ke-4 selepas menumpaskan Perancis pada perlawanan akhir dengan keputusan 5-3 (menerusi sepakan penalti) selepas terikat 1-1 pada 90 minit perlawanan dan masa tambahan.