Taça de África das Nações de 2010 | |
---|---|
Perincian kejohanan | |
Negara tuan rumah | Angola |
Tarikh | 10 Januari – 31 Januari |
Pasukan | 15 (dari 1 konfederasi) |
Tempat | 4 (di 4 bandar) |
Kedudukan Akhir | |
Juara | Mesir (Kejuaraan Ke-7) |
Naib Juara | Ghana |
Tempat Ketiga | Nigeria |
Statistik kejohanan | |
Jumlah perlawanan | 29 |
Jaringan gol | 71 (2.45 per perlawanan) |
Kehadiran | 543,500 (18,741 per perlawanan) |
Penjaring terbanyak | Geddo (5 gol) |
Pemain terbaik | Ahmed Hassan |
Piala Negara Afrika 2010, juga dikenali sebagai Piala Negara Afrika Orange atas sebab tajaan, ialah Piala Negara-Negara Afrika ke-27, kejohanan bola sepak setiap dua tahun Afrika (CAF). Ia diadakan di Angola, di antara 10 Januari 2010 dan 31 Januari.[1][2]
Dalam pertandingan ini, tuan rumah Angola dijangka disertai dengan 15 negara yang berjaya melayakkan diri dari kalangan 53 pasukan kebangsaan Afrika. Bagaimanapun, penarikan diri Togo selepas serangan pengganas terhadap basnya ketika tiba di Angola menyebabkan hanya 15 pasukan menyertai kejohanan ini. Sejumlah 29 perlawanan dimainkan, kurang daripada 32 yang dijadualkan. Mesir memenangi pertandingan ini, gelaran PNA ke-7 mereka dalam sejarah dan mencatat rekod kali ketiga berturut-turut, menewaskan Ghana 1–0 dalam perlawanan akhir.[3]