| |||||||||||||||||||||||||
Kerusi Pulai di Dewan Rakyat. Dipilih berdasarkan kaedah undian terbanyak. | |||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Terdaftar | 166,653 | ||||||||||||||||||||||||
Pengundi hadir | 78,882 | ||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
|
Pilihan raya kecil Parlimen Pulai 2023 ialah pilihan raya kecil kedua selepas pilihan raya umum Malaysia ke-15 yang diadakan pada 9 September 2023.[1]
Menurut undang-undang Malaysia, kekosongan kerusi Dewan Rakyat perlu diisi dalam tempoh 60 hari selepas kekosongannya, iaitu sebelum 23 September 2023[2].
Pilihan raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada 23 Julai 2023.[3] Berikutan itu juga, DUN Simpang Jeram yang disandang turut kosong dan perlu diadakan pilihan raya kecil.
Calon Pakatan Harapan, Suhaizan Kayat menang dalam pilihan raya ini[4].