| |||||||||||||||||||||||||
Kerusi Simpang Jeram di Dewan Negeri Johor. Dipilih berdasarkan kaedah undian terbanyak. | |||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Terdaftar | 40,379 | ||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
|
Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram 2023 ialah pilihan raya kecil pertama selepas pilihan raya negeri Johor ke-15 yang diadakan pada 9 September 2023.[1]
Menurut perlembagaan negeri, kekosongan DUN perlu diisi dalam tempoh 60 hari selepas kekosongannya, iaitu sebelum 23 September 2023[2].
Pilihan raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada 23 Julai 2023.[3] Berikutan itu juga, Parlimen Pulai yang disandang turut kosong dan perlu diadakan pilihan raya kecil.
Calon Pakatan Harapan, Nazri Abdul Rahman menang dalam pilihan raya ini.[4]