![]() | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Semua 71 kerusi di dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pilihan raya DUN Sarawak 2011 adalah pilihan raya yang ke-10 apabila Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan pada 21 Mac 2011. Penamaan calon dibuat pada 6 April 2011 manakala hari pengundian diadakan pada 16 April 2011.
Pilihan raya tersebut menyaksikan Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan majoriti dua pertiga, walaupun dengan kekalahan beberapa kerusi.[2] BN kehilangan lapan kerusi, terutamanya melalui Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP). Pemimpin SUPP yang merupakan timbalan ketua menteri George Chan Hong Nam gagal mempertahankan kerusinya. Parti pembangkang Pakatan Rakyat berjaya menambah kerusi, tetapi masih gagal mencapai matlamatnya untuk menafikan majoriti dua pertiga BN. Parti komponen yang mempunyai paling banyak pertambahan kerusi ialah Parti Tindakan Demokratik (DAP), yang memenangi dua kali ganda kerusi iaitu 12 kerusi berbanding 6 kerusi pada tahun 2006.[2]
Taib, yang telah menjadi Ketua Menteri selama 30 tahun, mengangkat sumpah bagi penggal kelapannya pada malam yang sama.[3]