![]() | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Semua 650 kerusi di Dewan Rakyat 326 kerusi diperlukan untuk majoriti | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pengundi hadir | 67.3% (▼ 1.5%)[1] | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
![]() Peta menunjukkan keputusan pilihan raya, dengan parti AP yang dipilih dari setiap kawasan pilihan raya. * Gambar tidak menunjukkan Speaker Dewan Rakyat, Sir Lindsay Hoyle, yang kemudiannya dimasukkan ke kerusi Buruh oleh media. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pilihan raya umum United Kingdom 2019 telah diadakan pada Khamis, 12 Disember 2019 di bawah peruntukan Akta Pilihan Raya Umum Awal 2019, dan berlangsung dua tahun selepas pilihan raya umum sebelumnya pada Jun 2017. Pilihan raya telah diadakan sebagai respon kepada kebuntuan parlimen terhadap Brexit. Berikutan pelantikan Boris Johnson sebagai pemimpin parti kerajaan Konservatif dan Perdana Menteri, terdapat pertentangan pendapat di Parlimen. Berlaku kebimbangan bahawa Johnson akan bertukar pendirian terhadap perjanjian Brexit. Keputusan pilihan raya menunjukkan Konservatif mendapat semula majoriti mereka di Dewan Rakyat selepas tewas pada 2017, manakala Parti Buruh mengalami kekalahan besar, memenangi bilangan kerusi paling sedikit sejak pilihan raya 1935.[2][3]
Tujuan Johnson untuk mengadakan pilihan raya awal adalah untuk melindungi majoriti bagi menyambung kembali proses United Kingdom meninggalkan Kesatuan Eropah dengan tarikh akhir Brexit pada 31 Januari 2020. Konservatif memerlukan sekurang-kurangnya 9 kerusi berbanding keputusan pada 2017 untuk mencapai ini. Isu lain termasuk perbelanjaan sosial, rancangan Buruh untuk nasionalisasi semula industri British dan Parti Kebangsaan Scotland mendesak untuk diadakan referendum kedua bagi Kemerdekaan Scotland.
Tinjauan pendapat sentiasa meramalkan kemenangan besar Konservatif falam pilihan raya ini. Akhirnya, Konservatif memperoleh 365 kerusi, tambahan 47 kerusi manakala Buruh kehilangan 59 kerusi dan hanya mampu menang 202 kerusi, menyebabkan majoriti Konservatif sekitar 80 kerusi. Susulan kekalahan teruk parti Buruh, Jeremy Corbyn mengumumkan peletakan jawatannya sebagai pemimpin parti.[3][4] Pemimpin Liberal Demokrat Jo Swinson pula tewas di kawasan parlimen sendiri, dengan parti memenangi 11 kerusi walaupun berjaya meningkatkan peratusan undi kepada 12%. Oleh kerana undang-undang Liberal Demokrat yang memperuntukkan pemimpinnya wajib menjadi Ahli Parlimen, Swinson tidak boleh terus menjadi pemimpin parti.[5]
Konservatif mendapat undian terbesar sejak 1979 dan memenangi kerusi terbanyak mereka sejak 1987. Konservatif mendapat lebih 13.9 juta undi, jumlah terbesar undian yang dimenangi oleh mana-mana pihak sejak 1992. Parti Buruh mencatatkan 10.3 juta undi, kehilangan kira-kira 2.6 juta pengundi berbanding 2017.
Di Scotland, Parti Kebangsaan Scotland mendapat 13 kerusi dan mendapat 45% undi, manakala Konservatif kehilangan 7 kerusi daripada 13 kerusi.[6] Parti Buruh hampir kehilangan semua kerusinya di Scotland, mendapat hanya satu kerusi di Scotland. Liberal Demokrat meningkatkan peratusan undi mereka, tetapi tidak melihat keuntungan bersih dari segi kerusi.
Di Wales, Konservatif merapatkan jurang dengan Buruh, manakala Plaid Cymru kekal pada 4 kerusi dan Liberal Demokrat kehilangan satu-satunya kerusi di Wales. Di Ireland Utara, DUP menang 8 kerusi, sama seperti pada 2015. Parti Perikatan memperoleh satu kerusi yang dahulunya dipegang oleh Sylvia Hernon, dan SDLP memenangi 2 kerusi untuk kembali ke Parlimen selepas dua tahun. Ini adalah kali pertama di mana lebih banyak kerusi dimenangi oleh parti-parti Nasionalis daripada parti-parti Kesatuan