Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Pokok Jarak

Pokok Jarak
Pokok Jarak di kawasan terganggu
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Tribus:
Subtribus:
Ricininae
Genus:
Ricinus
Spesies:
R. communis
Nama binomial
Ricinus communis

Pokok Jarak atau Jarak Besar [1]ialah salah satu spesies Euphorbiaceae serta ahli yang tunggal dalam genus Ricinus dan subtribus Ricininae. Biji-bijinya ialah kacang kastor yang walau namanya, bukan kacang yang sebenar. Nama saintifiknya Ricinus communis.

Kacang kastor merupakan sumber minyak jarak yang mempunyai banyak kegunaan. Biji-bijinya mengandungi antara 40 - 60% minyak yang kaya dengan trigliserida, khususnya risinolein, serta juga racun risin yang juga terdapat pada kepekatan yang rendah di seluruh bahagian pokok ini.

Walaupun sifat keracunan tinggi kacang kastor disedari secara meluas, laporan-laporan tentang ketoksikan manusia dalam kepustakaan perubatan Inggeris adalah tidak banyak. Dos-dos yang boleh membawa maut dilaporkan sebagai tiga biji kacang untuk kanak-kanak dan lapan biji untuk orang dewasa. Kejadian dua kes yang baru-baru ini dapat memberikan wawasan tambahan terhadap ketoksikan yang boleh dijangka. Dalam kedua-dua kes tersebut, muntah dan cirit-birit berulang kali berlaku, dengan tingkat kreatina serum dinaikkan. Pendehidratan adalah lebih ketara dalam kes kedua. Bagaimanapun, kedua-dua pesakit dapat pulih tanpa peristiwa menarik. Manifestasi-manifestasi ketoksikan kacang kastor yang lain yang pernah dilaporkan, termasuk nekrosis hepar, kegagalan renal, hemolisis eritrosit, konvulsi, dan renjatan tidak berlaku. [1] Sila lihat risin untuk data ketoksikan yang lebih lanjut.

Biji-biji kastor telah ditemukan di makam-makam Mesir yang bertarikh sejak dari 4000 SM. Herodotus dan para pengembara Yunani telah memperhatikan kegunaan minyak jarak sebagai bahan api lampu dan minyak badan.

Pengeluaran kacang kastor di seluruh dunia adalah di sekitar sejuta tan setahun. Kawasan-kawasan pengeluaran yang utama termasuk India, China, dan Brazil. Adanya juga banyak rancangan pembiakan baka yang aktif.


Previous Page Next Page






Kasterolieboom AF ጉሎ AM خروع Arabic خروع ARZ Ricinus communis AST Adi gənəgərçək AZ گنه گرچک AZB Клешчавіна BE Рицин Bulgarian रेणि BH

Responsive image

Responsive image