Polybius | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | s. 200 SM |
Meninggal dunia | s. 118 SM (umur ~82) |
Warganegara | Greek |
Karya terkenal | Sejarah-Sejarah (peristiwa-peristiwa Republik Rom, 220–146 SM) |
Kepentingan utama | Sejarah, falsafah sejarah |
Idea cemerlang | Anakyklosis |
Dipengaruhi | |
Mempengaruhi |
Polybius (Bahasa Yunani Kuno: Πολύβιος , Polýbios; s. 200 – s. 118 SM) ialah seorang sejarawan Yunani dari pertengahan zaman Helenistik. Beliau terkenal atas karya beliau bertajuk Sejarah-Sejarah, sejarah sejagat yang mendokumentasikan kebangkitan Rom di Mediterranean pada abad ke-3 dan ke-2 SM. Ia meliputi antara 264–146 SM, merakamkan dengan terperinci peristiwa-peristiwa besar di Itali, Iberia, Yunani, Macedonia, Syria, Mesir dan Afrika, dan mendokumentasikan Perang Punik dan Perang Macedonia antara banyak lagi.
Sejarah-Sejarah adalah penting bukan sahaja kerana ia satu-satunya karya sejarah Helenistik yang masih begitu terpelihara, tetapi juga kerana analisis perubahan perlembagaan dan perlembagaan campuran. Perbincangan Polybius tentang pembahagian kuasa dalam kerajaan, sistem semak dan imbang untuk mengehadkan kuasa, dan pengenalannya tentang "rakyat", semuanya mempengaruhi The Spirit of the Laws karya Montesquieu, Two Treatises of Government karya John Locke, dan penggubal-penggubal Perlembagaan Amerika Syarikat.[2]
Pakar terkemuka tentang Polybius selama hampir satu abad ialah F. W. Walbank (1909–2008), yang menerbitkan kajian-kajian yang berkaitan dengannya selama 50 tahun, termasuk ulasan panjang Sejarah-Sejarah dan satu biografi.[3]
Polybius ialah kawan rapat dan mentor kepada Scipio Aemilianus (juga dipanggil Scipio Africanus yang Muda), dan mempunyai pengaruh yang berkekalan dalam membuat keputusan dan kehidupannya.